1 minggu lagi :D



yea4!!
tinggai g seminggu ja nak posa nie :)
alhamdulillah.. 
thx to ALLAH sebab masih lagi bagi peluang untuk nyna hidop di muka bumi ini. walaupun bermacam2 dugaan yang dihadapi di atas muka bumi nie.. tapi bersabar itu separuh daripada iman
itulah prinsip @ pegangan yang nyna pegang dalam hidop nyna.

teringat pulak at kata2 ayah nyna tadi time dya bawak kereta :)
" nanti bila time posa, jgn dibeli makanan drpd orang fasik. orang fasik yg dimksudkan ialah orng yang menjual pada bulan Ramdhan yang ternyata apabila tiba waktu berbuka, dia tidak solat maghrib apabila tiba waktunya.. ialahkan...... khusyuk berniaga.. kalut duk kira duit jala.. n lagi satu jgn beli mknn apabila penjualnya tidak menutup aurat. pakai tudung tapi tudungnya?? singkat.. berlengan pendek.. manakala kainnya?? maksud kain at cinie apabila panas waktu berniaga dia lipat kainnya sehingga nampak auratnya iaitu pada kakinya.. 
apabila makan pulak.. pastikan mknn kamu tu halal iaitu suci drpda najis.. contohnya telur masin. sebelum dicampurkan dengan ap nama ntah yang kaler itam tu (mafflah x tau nak say nama dya) pastikan dibersihkan dulu telur itu. sbb nanti kalu tak bersih drpd najisnya, najis tu akan meresap bersama ke dalam telur apabila proses pemerapan telur tu dilakukan.. so, makesure tanya pembekal tu samada telur tu dicuci atau tak sbb nak elak dripada mak mknn yg tidak suci."

ok..
yang nie plak kelebihan puasa di BULAN RAMADHAN 

Firman Allah ( Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185 )
"Wahai orang-orang beriman!! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa".


Bagi orang-orang Islam yang beriman, bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan ketibaannya oleh setiap ummat Islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberi begitu banyak manfaat dan keistimewaan, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang tahu dan menghayatinya.


KEUTAMAAN RAMADHAN
Terdapat puluhan hadis Rasulullah saw yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan pusa di bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manfaat ummat Islam di akhirat kelak, malah ianya memberi faedah yang besar untuk kesihatan tubuh badan manusia di dunia ini.


ANTARA FADHILAT DAN KELEBIHAN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN.
1. Pintu langit dibuka
2. Pintu-pintu syurga di buka


FADHILAT YANG LAIN
1. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga
2. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT
3. Orang yang berpuasa mendapat 2 kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak
4. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt
5. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga
6. Setiap kali sujud orang yang berpuasa, dikurniakan 1700 kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan 70,000 malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.

AMAL IBADAH DI BULAN RAMADHAN
Dalam khutbah terakhir bulan Sya'ban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah saw telah memberi nasihat kepada ummat Islam supaya menyempurnakan amal ibadah sepanjang bulan ramadhan, antaranya ialah:
  • Solat sunat Tarawih
  • Solat-solat sunat yang lain
  • Bantu membantu sesama umat islam seperti bersedekah dan seumpamanya
  • Memberikan hidangan berbuka puasa
  • Banyakkan membaca tahlil
  • Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah swt
  • Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka
  • Banyakkan bersabar, kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
  • Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita.
Oleh itu marilah sama-sama kita berpuasa dengan seikhlas-ikhlasnya. Jangan kita hanya berpuasa, kerana ikut orang lain berpuasa atau kerana bapa kita puasa, maka kita juga kena puasa. Hayatilah kelebihan-kelebihan berpuasa, agar kita sempurna di dunia dan di akhirat.




Thank You! Datang Lagi :)

0 comments: