Pendengar Yang Baik




okeyh...
nyna da smthng nak share nan korang :)
macam tajuk atas 2..
now let's read !!

Sedang anda berbual tiba2 rakan berbual anda meningggalkan anda. Mungkin anda pernah mengalami keadaan sebegini. Kebanyakan orang berasa sakit hati btoi tak ?? Bagi mengelakkan kejadian sebegini berlaku & kena pada diri anda, eloklah jika anda tahu cara2 bagi memastikan anda terlebih dahulu menjadi pendengar yang baik.

Cara-caranya :::

BERSIKAP IKHLAS & JUJUR

-- Jika anda benar2 tidak berminat atau pada ketika itu bukanlah masa yang sesuai, cakaplah apa yang berada di dalam hati anda pada ketika itu. Tunjukkan sikap hormat pada orang lain supaya tidak membuang masa mereka. Jika anda membuat inisiatif untuk memulakan perbualan atau bertanyakan soalan, fokus kepada orang yang ingin ditanya.

GUNAKAN TUBUH ANDA


-- Guna bahasa tubuh kerana mampu menunjukkan minat seseorang. Lakukan juga hubungan eye contact semasa mendengar tp ingat !! jgn smpy heart contact lak :P
Cuba untuk senyum & mengangguk jika anda bersetuju dengan apa yang sedang diperkatakan bagi menggalakkan si pengucap untuk meneruskan perbualan. Jangan menyilang tangan di dada atau menunjukkan kegelisahan kerana kedua2 perbuatan ini menunjukkan anda tidak kisah dengan apa yang sedang anda dengar.

JANGAN LUPA UNTUK BERTANYA

-- Jangan pura2 bahawa anda faham sesuatu jika sebenarnya anda tidak & jangan meneruskan percakapan terutamanya terhadap perkara yang anda sebenarnya langsung tidak faham apa yang mereka cuba perkatakan.
Oleh itu bertanyalah kepada si pengucap.

JANGAN MENGGANGGU PERCAKAPAN

-- Kecuali perlu !! Anda terpaksa mencelah kerana mahukan penjelasan lanjut. Jika perlu untuk mencelah, buatlah hubungan amta & sebut nama si pengucap & alasan mengapa anda mengganggu percakapan mereka. Lakukan dengan cepat & jangan mengambil alih peranan si pengucap kecuali si pengucap membenarkannya. Ingatlah bahawa gangguan yang tidak sesuai selalunya tidak bermakna hanya daripada verbal. Berhati2 untuk tidak mengeluh, memusingkan kepala / bertukar kedudukan & apa cara sahaja yang boleh menunjukkan bahawa gangguan boleh berlaku.

TUNGGULAH GILIRAN

-- Jangan sesekali memonopoli peranan si pengucap terutamanya jika berkomunikasi dalam kumpulan. Apabila anda berada dalam kumpulan, sebenarnya anda tidak perlu menguasai setiap topik yang akan dibincangkan. Tunjukkan sikap timbang rasa dengan membiarkan setiap orang berkongsi idea & pendapat. Jika terdapat individu yang pemalu /  jarang bercakap menunjukkan minat dalam sesuatu topik, pertimbangkan supaya mereka dapat mengambil giliran anda untuk bercakap.

JANGAN MENGELAMUN

-- Beri tumpuan!! Anda semestinya tidak mendengar jika anda sedang mengelamun. Jika anda sedar bahawa ketika itu kepala anda sedang menganalisa apa yang si pengucap sedang katakan / berkira-kira untuk membuat komen, sememangnya itu menunjukkan anda tidak mendengar. Berikan masa anda untuk mendengar si pengucap menghabiskan percakapan mereka & kemudian barulah memberi tindak balas. Cara ini mengelakkan anda daripada memberi tindak balas dengan mengeluarkan perkataan / pandangan yang salah.

Kesimpulannya ::
Terdapat 2 sbb utama mengapa kita mesti menjadi pendengar yang baik. 1stly, jika anda sanggup mendengar dengan baik, anda mempelajari apa yang mungkin anda tidak ketahui selama ini. Selalunya kita tidak ketahui kelemahan & kekurangan yang ada pada diri kita sendiri. Untuk mempelajarinya, adalah lebih mudah jika kita terlebih dahulu dapat menangkap & melihat kelemahan orang lain. 2ndly, manusia hanya mengutamakan mereka yang menjadi pendengar yang baik kerana pendengar yang baik sudah pasti mudah mendengar arahan, patuh dan bertindak pada arahan.

Ok suma..
dh bacakan?? macam mana ?? senang tak nak jadi pendengar setia nie ?? mudah ja..
amalkan tips tadi.. 
insyaALLAH..





Thank You! Datang Lagi :)

0 comments: