kawal kemarahan... bleyh ka ak ??


perghh !!
hangat gyla kemarin n kemarin dulu..  
mendidih ooii tngok natang 2 !
hot !!!!
sabaq ada batas la.. leyh saja ak post gmbq sekali at cnie mao stg kot malu ja...
huhu
nseb unk la !

===================================================================

ok cnie ada tips nk kawal marah k..
sabaq lama dah tp  x bleyh juga...
cmna aeehh ??

jom  baca bawah nie
kot2 menjadi
alhamdulillah 
:
:
:


(1) Menarik nafas dalam-dalam

Setiap manusia mempunyai tahap kemarahan yang tersendiri, ia bergantung kepada kandungan hormon serotonin yang dikeluarkan apabila anda marah. Untuk mengawal kemarahan, anda perlu menarik nafas dalam-dalam kerana udara akan membantu untuk mengurangkan kadar hormon ini. Dan cara ini juga sudah terbukti secara klinikal.

(2) Mengingatkan diri anda sendiri- 

Seseorang yang tidak dapat mengawal kemarahan adalah merupakan orang yang tiada keyakinan pada diri sendiri. Ini adalah berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Steven Stosny yang merupakan pemegang PHD dalam bidang psikologi manusia. Apabila anda marah, tiada siapa yang mampu mengawalnya melainkan diri anda sendiri. Anda perlu ingatkan diri sendiri tentang kesan daripada kemarahan anda. Sudah pasti ia memberi kesan negatif yang lebih banyak berbanding kesan positif.

* yang nie mang betul *

(3) Fikirkan sesuatu yang boleh membuatkan anda gembira-

 Sekiranya anda sedang marah dan hanya memikirkan mengenai kemarahan, sudah pasti ia akan menjadi lebih buruk. Anda sepatutnya perlu mengelakkan daripada berfikir mengenainya. Cuba fikirkan sesuatu yang mungkin memberikan ketenangan atau kegembiraan pada diri anda.

* hmm... *

(4) Keluar daripada situasi kemarahan

Pemikiran seseorang yang sedang berada didalam keadaan marah akan menjadi kabur. Jangan meletakkan diri anda terus didalam situasi tersebut kerana sudah pasti anda akan membuat keputusan yang akan membebankan anda kelak. Cuba mencari jalan untuk keluar daripada situasi tersebut dengan cara yang anda berasa selesa terhadapnya seperti mendiamkan diri, keluar bersama rakan atau sebagainya.

* insyaallah *


ok... nyna harap korang un leyh ikut la step nie.. lau ada yg perlu tambah share o komen ja k..
need help ugak dalm bab kawal marah nie..
wassalam :)

Thank You! Datang Lagi :)

0 comments: