Bila lelaki menjadi DAYUS ??


 Baca dan hayati wahai kaum adam :)
  1.  Membiarkan kecantikan aurat dan bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain selama mereka bekerja / diluar rumah.
  2.  Membiarkan isterinya pulang lewat, seta tidak diketahui bersama siapa, serta apa yang dibuatnya ketika bekerja.
  3. Membiarkan aurat isteri dan anak perempuan dewasanya terdedah ( terselak kainnya ) ketika menaiki apa jua kenderaan.
  4. Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangan yang bukan mahramnya di rumah. Kononnya, ibi bapa mereka sporting dan memahami.
  5. Menyuruh / mengarahkan dan berbangga dengan isteri dan anak perempuan memakai pakaian yang menjolok mata di luar rumah.
  6. Membiarkan anak perempuan menyertai akademik hiburan yang boleh mempamerkan kecantikan mereka kapada jutaan manusia bukan mahram.
  7.  Membiarkan isteri dan anaknya menjadi pelakon dan membiarkan mereka berpelukan dengan lelaki lain. Kononnya atas dasar seni dan lakonan semata2. Tetapi adakah semasa berlakon, nafsu seorang lelaki itu akan hilang ??? tidak sama sekali !!!!!
  8. Membiarkan isteri bekerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

Rasulullah S.A.W bersabda :
 "sesiapa yang mati dibunuh kerana mempertahanhkan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid "
(Riwayat Ahmad) 

Thank You! Datang Lagi :)

Selamat Hari Guru !!



Hari nie hari apa? 
berapa hari bulan eyh ??
buat2 lupa atau sengaja lupa??? ='=
hehe..

OOPPPSSS!! 
hari nie merupakan hari istimewa buat semua para guru di seluruh Malaysia larh !!
16 Mei ??
adalah hari yg ditunggu2 oleh semua guru..
kan3 ??
jangan marah yer cikgu.. 16 Mei selalu dalam ingatan saya :)
dan temanya plop

GURU MALAYSIA: 1 ASPIRASI AGENDA 

Okeyh,,
sempena hari yang sangat istimewa ini saya ada sedikit pantun buat semua guru yang telah mengajar saya dari saya tadika sehinggalah saya tamat tingkatan enam.. lamo bebenor saya belajar :P
......... dengar yer cikgu dengar .......


Nakalnya kami sangat2 dikenali,
lari2 panjat alamari,
semua budak pon kami buli,
kerja sekolah semua kami tak peduli.

Tapi bila hadirnya cikgu,
duduk diam tak bersuara tak berlagu,
tak jemu2 kongsikan ilmu,
itulah memori yang kami sangat rindu,
Terima kasih cikgu dan guru :)




kenangan bersama rakan dan guru
rindu sngt2 detik cam gini

#pmr candidate#

#with ckg Anida#

#with ckg Shamshul(SS)#


#with ckg Faridah#

#teacher Aini n ckg Zalilah#



Thank You! Datang Lagi :)

Selamat Hari Ibu





Sempena Hari Ibu esok ,, nyna ada sedikit pantun 
dengar yer dengar :P


Bunga dihinggapi kupu-kupu, 
Kerana bunga wangi beraroma, 
Syurgaku ada ditelapak kaki Ibu, 
Kerana Ibu berhati mulia 

Selamat Hari Ibu ! 



Dan hari ini juga merupakan ulangtahun perkahwinan ayah dan umi nyna :)
memang sangat larh terbaeek!!!
jadi malam nie ayah bawak meronda kat Perda..
tak jalan,, ronda dengan kereta kami langsung pergi makan dekat


tempat nie cantik sangat untuk pandangan di malam hari :)
harga makanan pon memang berpatutan :)

ayah dah bawa kami ke sini ,,
so kita order jala..
  • chicken marriland
  • 2 mushroom soup + roti
  • nasi goreng de pauh garden
  • burger special
  • kentang goreng
  • air sirap selasih, milo suam ,,,,,   bla... bla.. bla..
sambil makan sambil snap..
maaf la gambar nyna xda,, 
snap gambar orang lain jer..



ok sekian,, nite :)

Thank You! Datang Lagi :)

lepasan stpm oii


lama tak update blog nie,,
berabuk, berdebu, bersawang sudah..
apabila sudah begitu jadinya, 
kita change la ckit pa yg patot :)
*adanampakperubahan??*

Ayoyoyo.. berapa bulan sudah menganggur................ stdnt lepasan STPM meme mcm gnie. huhu.. apa nak buat pon tak tahu.. kerja ?? OMG !! susah jgak la mao dapt,, klu dpt pon hurmm.. asa seminggu ja boleyh tahan ..
Btwy alhamdulillah.. nyna bersyukur sebab family nyna bukak kedai makan, so tak dalah nak kalut mencari dan tercari2 kerja.. Umm tapi masalah kwn2 plop yg dok mengayat 
"untungla,, xda a cam kami ssh cari kerja tp xpa at least kami survive"
kawan2ku sekalian,, klu ampa diberi anugerah mcm kwn ampa soqng nie,, aga2 ampa mao cari lagi g kerja ?? pakai otak k bila ngomong :)

 Ok next topik,, sekarang dah penghujung bulan 4.. tak lama lagi masuk bulan 5,, kita pon nk mengundi.. aiish !! tak sabar actually nak memangkah2 nie,, tapi apakan daya.. belum tercapai kelayakan hurrmm.. tlg pasang2 bendera pon jadilah :P yela.. semangat tu mesti mau ada sebab 
_-_-_-_-

# err.. maaf la tak tahu nak tulis apa.. idea belum sampai lewat2 malam nie.. k salam .

Thank You! Datang Lagi :)

"Contest Blog Super Kawai by Bubu".


hey awok2 sekalian..
cer usha banner kat atas tuuhhh !!
ada contest larh :)
awesomekan ??
nyna nak try larh join contest tu,, 
mana tahu ada rezeki nak menang :D
awak,awak,awak
awaklah !! 
yang sedang membaca entry nie :P
jom join sekali

saya tag 2 kwn yg baru follow blog saya :)

asyikin
aisya

thx yer korang.. 
klik saja banner kat atas tu then akan keluar link blog untuk contest tu ..
mudah kan ??
p/s :: klu nak menang ikot aje syarat2 contest tu :)

sekian,,
wassalam.
        

Thank You! Datang Lagi :)

Salah Faham Pemakaian Tudung



Assalamualaikum :)
malam nie nyna nak share something dengan korang,,
harap korang sudi membaca yer

Pada hari ini, dapat kita perhatikan ramai muslimah mulai sedar akan kewajipan mengenakan tudung. Kita dapat lihat bagaimana seorang muslimah sebelumnya tidak bertudung, kemudian mula mengenakan tudung. Alhamdulillah, Rahimahunnallah. Walau bagaimanapun, sayangnya kebanyakan dari mereka masih belum mengenakan tudung yang benar-benar sesuai dengan kehendak syariat. Kebanyakan dari mereka memakai tudung mengikut trend atau hanya ingin dilihat lebih islamik. Mereka lebih mementingkan keanggunan, kecantikan tanpa mempedulikan apakah benar tudung mereka betul atau tidak.
Kebanyakan tudung yang dijual hari ini tidak cukup untuk menutup aurat secara sempurna melainkan meninggalkan celah-celah yang memperlihatkan aurat. Menurut jumhur ulama, aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan telapak tangan. Sebagaimana ulama ahli tafsir Imam Al-Qurthubi berkata, pengecualian itu adalah pada wajah dan telapak tangan. Yang menunjukkan hal itu adalah apa yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisyah:

Asma binti Abu Bakar menemui Rasulullah sedangkan ia memakai pakaian tipis. Maka Rasulullah berpaling darinya dan berkata kepadanya : “Wahai Asma ! Sesungguhnya jika seorang wanita itu telah mencapai masa haid, tidak baik jika ada bagian tubuhnya yang terlihat, kecuali ini.” Kemudian beliau menunjuk wajah dan telapak tangannya. Allah Pemberi Taufik dan tidak ada Rabb selain-Nya”. Maka, selain muka dan telapak tangan, tidak boleh terlihat walaupun sedikit.

Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam melarang para wanita muslimah berpakaian ketat. Dan batasan ketat adalah tergambarnya bentuk salah satu anggota tubuh yang termasuk aurat. Usamah bin Zaid pernah berkata :

Rasulullah pernah memberiku baju Quthbiyah yang tebal yang merupakan baju yang dihadiahkan oleh Dihyah Al-Kalbi kepada beliau. Baju itu pun aku pakaikan pada isteriku. Nabi bertanya kepadaku : “Mengapa kamu tidak mengenakan baju Quthbiyah ?” Aku menjawab : Aku pakaikan baju itu pada istriku. Nabi lalu bersabda : “Perintahkan ia agar mengenakan baju dalam di balik Quthbiyah itu, karena saya khawatir baju itu masih bisa menggambarkan bentuk tulangnya.” (Ad-Dhiya Al-Maqdisi dalam Al-Hadits Al-Mukhtarah I/441; Ahmad dan Al-Baihaqi dengan sanad Hasan).

Sungguh menghairankan sesetengah muslimah yang sudah menyedari akan wajibnya menutup aurat, namun di dalam hatinya masih ada keinginan untuk menonjolkan bahagian-bahagian tubuhnya agar terlihat indah di mata laki-laki. Waliyyadzubillah. Sehingga mereka pun memakai tudung secara ala-kadar sahaja. Kesilapan muslimah yang menggayakan tudung pada hari ini dapat dibahagikan kepada dua bahagian.
1.Antara tudung yang popular dipakai masa kini adalah tudung lilit atau tudung pendek. Hampir kebanyakan muslimah menggayakan tudung jenis di mana banyak dipengaruhi oleh pemakaian artis-artis tempatan. Rata-rata daripada mereka akan mengatakan tudung jenis ini ringkas, tidak rimas dan senang dipakai. Namun tidak syak lagi pemakaian jenis ini mendedahkan dada. Padahal telah jelas dalil menyebutkan:
“Dan hendaklah mereka menutupkan tudung ke dada mereka…” (QS. An Nur : 31)

2. Antara kebiasaan yang selalu dilakukan muslimah pada hari ini adalah
memasukkan tudung ke dalam baju atau memakai jaket atau coat diluarnya. Ini menyebabkan hilangnya fungsi tudung untuk menutupi bentuk tubuh bahagian atas. Memang terdapat pelbagai alasan diberi untuk mengenakan tudung jenis ini. Pertama adalah untuk keperluan keselamatan, misalnya ingin memasuki makmal, tudung perlu dimasuki ke dalam coat bagi mengelak dari disambar api, bahan kimia dan sebagainya. Penyelesaian untuk permasalahan ini, pakailah coat yang besar dan longgar sehingga tidak menampakkan langsung bentuk tubuh bahagian atas. Namun, kalau kita lihat situasi hari ini, sukar untuk melihat mereka yang memakai coat yang disebutkan itu. Kedua pula, adalah keperluan akademik. Mereka menggayakan tudung jenis ini dengan alasan kekemasan seperti yang dapat kita lihat pada badan-badan uniform seperti Pasukan Pandu Puteri, Kadet Polis, Kadet Remaja Sekolah dan lain-lain lagi. Sukar untuk berkompromi dengan alasan ini kerana tidak bolehkah mengemaskan sahaja tudung yang dilabuh itu? Mengapakah mereka tidak boleh mencotohi Pasukan Puteri Islam yang tampak molek dengan tudung tidak dimasukkan ke dalam baju tetapi masih boleh berfungsi sebagai satu pasukan? Ini adalah persoalan yang perlu diperhalusi lagi.

Kesimpulannya, dapat dinyatakan disini, jumhur ulama berpendapat bahawa panjang minima bagi suatu tudung adalah sampai menutupi dada dengan sempurna. Namun ini bukan bererti sekadar melepasi sepanjang itu. Kerana seringkali diterpa angin, maka bahagian dada akan tersingkap. Maka, tidak ada pilihan lain bagi muslimah kecuali mengenakan tudung yang lebih panjang dari itu. Bahkan sangat baik bila tudung menjulur panjang sampai ke punggung. Dan inilah pendapat sebagian ulama dengan mengambil zahir dari perintah Allah pada surat Al-Ahzab ayat 59:

Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mumin : “Hendaklah mereka mengulurkann jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” (QS. Al Ahzab : 59)

Walau demikian kami bersyukur kepada Allah, bahawa sekarang mulai terlihat kesedaran dikalangan muslimah di negara kita untuk mulai mengenakan tudung. Walaupun sebahagian besar masih belum memenuhi kriteria syar’i, namun kami berharap saudari-saudari kita muslimah sentiasa berproses dan memperbaiki diri dalam pemakain tudung hingga sesuai dengan apa yang ditentukan oleh Allah dan Rasul-Nya. Kita berharap semoga kaum muslimah kita yang dimuliakan oleh Allah, sentiasa memperbaiki diri dan menjaga kehormatan dirinya dengan taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya. Beragama dengan kaedah yang benar sesuai Al Qur’an dan As Sunnah, bukan hanya mengikuti perasaan, atau mengikuti apa yang dianggap baik oleh kebanyakan orang. 
Wallahu ta’ala a’lam.

Thank You! Datang Lagi :)

cuti seminggu



hey awok2 sekalian !!
cuti mano seminggu nih??
sihat ko dop ???
ambo sihat2 jah.. 
mano dop nyo,, make lalu sokmo.. 
hehehehe

ok dop loghat kelate ambo?? :P

cuti seminggu
pnjangkan rasanya :)
syukur alhamdulillah dapat juga nyna n family pulang ke kampung halaman. 
rindu doh sama tok mek, tok ayah,  pak n mak sedara ,, tak lupo juga kezen2 nyna kat sana..

sampai saja ke destinasi boleh nampak banyak sangat perubahan yang berlaku ..
especially kampung halaman :)
dulu terataknya lain dan sekarang dah berubah wajah..
sudah diperbesar rupanya..
untungla ada tanah sendiri.

ok,,
balik sana sebab nak buang segala tekanan.. 
terlalu bnyk kadang2 sampai kena mam ubat!
erggh!! dislike!!

hari pertama

 nyna hilangkan tension dengan join bebudak kampung g mancing belakang rumah dalam hutan yang dipenuhi pokok getah :D
syok kot sebab nie la time dya nak jadi bebudak kejap :P
lompat sana, lompat sini..
puas lompat terjumpa pacat ='=
aaaaaaaaaaaaaa............... pacaaaat !!!
hahahaha :P
2 la orang bandar bila jadi budak kampung..
PENAKUT :P
jerit n gelak tawa nyna, kezen nan bebudak 2 membuatkan tension hilang terus !!
dah puas mancing bawak alek la soqng sekor ikan puyu, 
bebudak 2 pulak belut yang diorang dapat..
biasalah diorang dah mahir lau nak banding nan nyna nie ha.....
hehehe

hari kedua

keluar ronda kota bharu..
actually tak tahu arah tuju sebab tak tahu sangat jalan kat sana..
last2 nampak la satu kedai ni..
then tuju lah kami ke kedai emas :)
bila kira2 sal harga emas sekarang nie dah turun,,, so beli la 1 :)
hehehe
lepas puas ronda ,, pekena burger bakar tepi jalan
yummmyuummyuumm !!
dah siap makan pergi plak rumah kezen..
sebelum 2 ronda wakaf che yeh.. cuci2 mata saja.
3 jam meronda,, then g umah kezen makan malam kat rumah diorang..

hari ketiga

jejalan pasir mas..
pergi kedai baju kawan umi nyna..
pergh!!
baju , tudung ... semua lengkap !!
perabeh duit kat sana beli baju raya :D
dah alang2 n harga pon available..

2 sajalah nyna nak corat-coret pon..
memandangkan dah lama tak update .
gambar kemudian k
sekian saja dari nyna :)





 


Thank You! Datang Lagi :)

SEGMEN: RAMAIKAN FOLLOWER BLOG 2013 by FHMT




saya comelkan awak ??
hehehe

tahu tak  kenapa follower perlu ditambah ??
baca sebab2 dya
:
:
:
DAPAT MENGENALI BLOGGER-BLOGGER LAIN
*Tidak kira blogger yang masih baru di dunia blog atau yang sudah aktif lama dalam dunia blog.

DAPAT MENGERATKAN LAGI SILATURAHIM SESAMA BLOGGER-BLOGGER LAIN
di samping itu juga,korang akan...

DAPAT MENINGKATKAN FOLLOWER DI BLOG MASING-MASING
*Insya-Allah.


Jadi tanpa membuang masa,kita tengok syarat-syarat ringkas untuk join segmen ini dan anda tidak akan menyesal bila join segmen ini.

1.Follow blog ini terlebih dahulu.Yang sudah lama follow boleh ke syarat yang ke-2.
2.Like fanpage blog ini.Yang sudah like boleh terus ke syarat yang ke-3.
   
3.Buat 1 entri bertajuk "SEGMEN:RAMAIKAN FOLLOWER BLOG 2013 BY NurulFHMT!"
4.Copy paste banner di bawah ini ke dalam entri anda.

CARA UNTUK COPY PASTE BANNER
Highlight Banner  Ctrl+c untuk COPY  Ctrl+v untuk PASTE

5.Hantarkan link segmen (bukan link blog) ke ruangan komen entri segmen ini.Jangan hantar di shoutbox atau di ruangan komen entri lain.

6.SIAP!!!

TARIKH TAMAT
Jika keadaan mengizinkan,segmen ini akan tamat pada...
31-12-2013







Thank You! Datang Lagi :)

oh my result !!



hye awok2 sekalian...
hari nie dh kuar result stpm larh..
bangga ,, sedih,, ketawa,, semua ada... :)

serius cakap dunia hari nie gelap bagi nyna..
bila keputusan stpm diumumkan 
hmm
allah saja yg tahu perasaan nyna nie.. :'(

subjek yg selama nie dok skor akhirnya telah menggelapkan masa depan nyna..
ya allah..
dugaan yg Kau berikan buatku memang besar.. :'(

saat nyna terima dengan tangan kanan dan senyuman, 
hati nyna nie sedih..
luluh...
nyna sudah pasrah dan nyna redha..
nyna dah lakukan yang terbaik dan nyna yakin ada hikmah disebalik semua nie..

sekarang nyna akan teruskan kehidupan nyna seperti biasa..
nyna tetap akan apply mana2 U..
< klu dpt >
nyna akan berpaling ke arah kemahiran..
mungkin di Giatmara atau Kolej Komuniti..

mak dan ayah nyna terima saja keputusan yg nyna bawa balik dgn senyuman :D
nyna tahu,,
mereka tahu kelemahan dan kelebihan nyna..
jadi mereka tidak berkata apa2 ..
hanya memberi kata2 semangat :)

apa2 pon nyna hnya berharap dan terus berharap agar keajaiban akan berlaku..
nyna maksudkan di sini ..
mungkin rezeki nyna ada lagi walaupon bukan di U nanti :)

ingatlah wahai diriku dan kawan2ku

‎[Nasihat untuk rakan-rakan seperjuangan]

*Status ini coretan Ustaz Salman Ali khas untuk pelajar SPM 2 tahun lepas.Saya kira ianya juga bersesuaian untuk STPM.Perjuangan belum berakhir.Lihatlah dunia dari dimensi yang luas.

..................................................................................

(STPM) bukan segala-galanya: berjaya belum menjamin kebahagiaan mutlak,gagal belum tentu sengsara sepanjang hayat.

Entah berapa rama yg pelajarannya bagus, gajinya besar, impiannya tinggi tapi tempat kerja menjadi tempat plg ngeri utk dipijak, tdk kurang juga yang kerjanya keras,tangannya berkematu, hanya mampu bermimpi mengecap kekayaan , tetapi hidup penuh diulit kegembiraan.

Banyak juga isteri hartawan yang sentiasa menunggu ditepi tingkap rumah sedangkan suami x pulang2. Bukan juga ganjil utk meliht isteri tukang sapu yang sentiasa berjalan berpimpin tangan dengan suami.

Hidangan meja executive di kerusi empuk hotel belum tentu lebih mengenyangkan dari sebungkus maggy perencah kari. slipar "qatari" berharga ribuan riyal semestinya tidak selasak slipar asadi 5 ringgit.

Perhatikanlah perjalanan hidup manusia, maka kita akan percaya yang Akhirnya kebahagiaan adalah nikmat Allah, hanya Allah sahaja menentukan sifir mendapatkan kebahagiaan bagi hamba-Nya.

Esok masih ada, esok belum tahu untuk siapa, hari ini telah berlalu, dan pastinya hari ini akan dikenang selamanya.





Thank You! Datang Lagi :)

Makan Tengahari



Selamat tengahari semua :)

hari ni saja gatai2 tangan nak update :P 
maklumlah sibuk kerja dan tak da ilham nk bercerita :)

ok,,, 
<< :: cerita ringkas :: >>

hari nie nyna makan besar dengan family.. :D
bukan makan kat luar tapi masak sendiri.. :D
masakan kali nie ala2 makanan kat kedai tomyam..
mula2 masak agak kekok tapi bila dah lama2 dh sehebat chef plak :P
hehehe

nk tahu masakan nyna??
korang tengok gambar dekat bawah nie :)
PERCAYALAH ..
nyna yg masak :D



sayur kailan

sotong rangup
<sebelum>

<selepas>

siakap sweet sour <3
<sebelum>

<Selepas>


siap untuk di jamu selera :)
korang nak resepi ??
boleyh jer :)




Thank You! Datang Lagi :)

bufday girl '')



 
 
happy besday to me
happy besday to me
 happy besday to Amanina
happy besday to me
  
LOL !!! :P
hahaha
hye semua!!
syukur alhamdulillah ku panjatkan doa kepada Illahi kerana panjangkan umurku ini '') 
ari nie paling bahagia dalam hidup nyna sebab genap sudah 20 tahun  :)
 
bufday nyna ari nie, kena jugala belanja family makan pizza hut ... auuummm.. pekena pizza baru keluar 2.. ala yang ada isi ketam setongkol kat atas 2 ha.. :P
kena 3 biji pizza nahai... terlentang la jawabnya :P 
hahaha
 
to my love pulak,, 
thx sebab sudi kol n  dya orng pertama wish bufday nyna '')
ily imy my love <3<3<3
 
short entry sahaja yer..
wssalam :)
 

Thank You! Datang Lagi :)

Makan malam '' )


 
 
wahhh!!
lama tak menaip nie..
biasalah remaja la katakan :P
 
oke2 tak nak melalut
entry nie nyna actually tak thu nak story pa2 pon..
men taip2 ja nie..
so kita ikot tajok post la
MAKAN MALAM
 
sempena bufday adik nyna yg ke berapa ntah :P  ayah nyna plan nak bawa jln2 g PENANG. nama ja orang Penang tp 3 buan sekali jew kot baru nk kuar bersiar2 area sekitar sana.. nak wat cena bz keja.
oraite! dh siap make up pa suma otw  dah nie tetiba hujan lebat ''(  datang dari arah pulau lak 2.. last2 cancel patah alek g jejalan Sunway.. masok2 ja ayakk!! manyak amoi oooo.. :P  lupo raya cina belum habes ma..
ok ,, 
nyna berpecah dgn family,, masing2 la bawa diri sebab dh tahu klu jalan sekali mesti pokai poket ayah :P dh puas jalan naik turun tangga lektrik 2 perut dah berbunyi.. 
<krokkrekkrokkrek>
dah dekat luar hujan takkan nak redah g makan luar plak.. terpaksala tcari foodcourt.. punya lama dok jelajah dok tngok menu,, masa kian berjalan perut kian merungut lapar.. apa pon tak boleh dapat lagi idea nak makan ap..
so dgn berani nyna sruh ayh try satu kedai yang famouus kat tv skunk nie

 
ya!!
inilah dya makan malam kami.
dh masuk  waitress pon tunjuk menu n tnggalkan kami sebentar.
2 dia setengah jam gak la tngok menu + harga :P
dok kira nak blah ja dari situ tp perot nie ha,, satg xpasai2 suma pakat muntah angin..
menu yg pelbagai, dgn jenis ayam yg dimasak pelbagai cara, harga lagi la
uiihh !! kena juga la mengalah :P
 
 
 
 
 

banyakkan ??
mau tak mau kena try!
harga yg kena byr RM 71.95 sen '' )
< kami senyum sampai telinga >

 

Thank You! Datang Lagi :)

laman sosial terbaru =)


 
 
Hye !!
i'm back :)
 
sekian lama menyepi dan hari ini nyna ada berita baru tentang laman
 myheppi
 
nyna still baru lagi dalam laman nie..
a few hours ago..
hehe
apa yg nyna tahu laman nie lebih kurang macam facebook juga dan dibuat oleh ORANG ISLAM.
actually nyna tak berapa pasti sangat la..
klu korang nak sign up , pastikan korang selidik dulu k..
 
nie gambor luar dan dalam dia





nyna punya profile :)

selamat menjelajah yer :)


Thank You! Datang Lagi :)

SALAM MAULIDUR RASUL


 
 
~ آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ وَ عَلۓِ آلِ سَيّدنَآ مُحَمَّدٍ,
 
 
 
Sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1434 Hijrah atau tahun 2013 Masihi yang jatuh pada 12 Rabiulawal 1434 bersamaan 24 Januari 2013 (hari Khamis) ialah seperti berikut:

WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH
(Tema peringkat kebangsaan)
sumber: http://www.islam.gov.my/ (Jakim)
Asal usul sambutan Maulidur Rasul - sumber klik di sini
Maulidur Rasul tidak pernah disambut oleh Rasulullah SAW walaupun sekali. Begitu juga para sahabat, tidak pernah menyambut hari kelahiran Rasulullah sewaktu hayat Baginda.

Malah sahabat-sahabat sendiri pada zaman itu tidak pernah menyambut hari kelahiran mereka. Hal ini kerana sambutan itu belum menjadi budaya mereka pada waktu itu.

Pada zaman awal Islam belum ada keperluan untuk mereka menyambut hari kelahiran kerana mereka tidak mahu memikirkan usia mereka. Mereka juga tiada keperluan untuk menyambut hari kelahiran Rasulullah kerana setiap hari mereka boleh bertemu Rasulullah terutama apabila berasa rindu. Mereka ini meskipun tiada berkesempatan untuk bertemu Rasulullah, sekurang-kurangnya selawat akan meniti pada bibir mereka.

Tetapi pada zaman tabi’in, umat Islam sudah berselerakan ke seluruh dunia dan dalam keadaan itu mereka semakin jauh dengan Makkah dan Madinah. Tidak dinafikan, sebahagian mereka lupa untuk mengamalkan Islam lantaran semakin jauh daripada roh ajaran dan perjuangan Rasulullah. Mujurlah ulama masih ada lalu mengambil inisiatif untuk membimbing orang ramai ke jalan benar.

Di celah-celah itu lahirlah sebuah karya yang diberi nama al-Barzanji nukilan Syeikh Jaafar al-Barzanji. Di dalamnya mengandungi kisah Rasulullah SAW semasa kelahiran sehingga wafatnya.

Kemudian kisah itu dibacakan kepada orang ramai yang dipersembahkan dengan cara yang menarik bagi membangkitkan rasa kecintaan kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya.

Namun untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dalam jumlah yang lebih ramai maka diadakan majlis itu pada hari kelahiran Rasulullah SAW. Di sinilah bermulanya sambutan Maulidur Rasul dalam sejarah Islam.

Hari itu dipilih bukan semata-mata untuk sambutan hari lahir tetapi satu taktik untuk mengumpul orang bagi memperdengarkan kisah Rasulullah SAW yang semakin dilupakan. Semoga umat boleh kembali kepada ajaran Rasulullah seperti zaman sahabat dahulu.

Berdasarkan sejarah itu, maka sambutan Maulidur Rasul yang dilaksanakan pada hari ini seharusnya bukan semata-mata untuk meraikan hari kelahiran Rasul. Itu bukanlah matlamat asal sambutan tetapi lebih kepada usaha mengingatkan kembali umat Islam kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya.

Oleh sebab itu, acara yang boleh dihidangkan pada hari itu boleh dipelbagaikan asalkan menjurus kea rah menyedarkan umat Islam kea rah mengingati Rasulullah dan perjuangannya. Kalau dahulunya dibacakan barzanji tentu tidak salah pada hari ini disampaikan ceramah di samping pembacaan sejarah Rasulullah, bernazam, bernasyid, membaca al-Quran dan banyak lagi.

Yang penting semua itu boleh menyedarkan umat Islam kepada mengingati perjuangan Rasulullah. Dengan acara tersebut tidak timbul isu bidaah seperti yang selalu kita dengar dakwaannya pada hari ini kerana semua aktiviti itu pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW dan baginda tidak pula melarangnya.

Pada hari ini kita tambahkan lagi aktiviti dengan perarakan sepanduk sambil berselawat dan niatnya juga untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW. Amalan berarak ini pernah dilakukan para sahabat ketika menyambut ketibaan Rasulullah SAW di Madinah dari Makkah. Ternyata perbuatan sahabat itu tidak dilarang oleh Baginda.

Sempena sambutan itu juga, ditambahkan acara memberi anugerah dan penghargaan kepada orang tertentu. Amalan ini juga dilihat baik dan boleh membawa kepada rasa minat seseorang untuk mencontohi Rasulullah.

Sambutan ini perlu dibezakan dengan sambutan Barat terhadap sambutan hari lahir diri sendiri, sambutan acara potong kek, menyanyi dan menari dan sebagainya dan juga tidak sama dengan sambutan hari lahir bagi orang yang hidup dengan mati.

Sambutan hari lahir orang yang masih hidup sepatutnya untuk mahabbah diri, amalan yang telah dilakukan dan menginsafi diri beberapa hari lagi yang berbaki untuk hidup.

Manakala sambutan hari kelahiran untuk orang yang sudah meninggal dunia adalah untuk mengambil iktibar dan teladan yang baik sebagai motivasi hidup.

Jadi, amalan kita pada hari ini menyambut Maulidur Rasul diharap diterima oleh Allah SWT sebagai ibadah. InsyaAllah. - Ustaz Hj Ahmad Baei Jaafar.
#Tema Sambutan Maulidur Rasul 1434 / 2013, Tema Maulidur Rasul 1434 / 2013
 

Thank You! Datang Lagi :)

4 JENIS PEREMPUAN YANG JADI PENGHUNI NERAKA


 
 
pagi nie nyna nak share dengan korang
 
seperti tajuk post :)
1] PEREMPUAN YANG JAHAT MULUT dan KELAKUAN, TERHADAP suaminya...

*Banyak komplen... Ada sahaja yang tidak kena.... " ABANG NI PUN SATU, BELI IKAN KECIL-KECIL SANGAT... Belilah yang besar sikit... Susah nak siang... " ... Esoknya.. " ABANG NI, BELI IKAN BESAR SANGAT, gelilah nak makan.." Komplen lagi... Ada sahaja yang tidak kena pada suami.... Suka MEMBURUK2AN SUAMI dibelakang suami samada kepada ibu bapa, saudara mara atau kawan2.... CURANG pada suami.... Si isteri membuat perkara haram atau BERGAYUT ATAU BERCHATTING dengan lelaki lain.... Menyakitkan hati suami dengan mengungkit segala kekurangan suami setiap hari. " SEDARLAH DIRI AWAK TU, kos perkahwinan pun saya yang keluarkan... Nak harapkan awak dan keluarga awak, tak merasalah hidup senang seperti sekarang ni..." sehingga suaminya tidak terkata apa-apa....
2] PEREMPUAN YANG MEMPERBODOHKAN SUAMI,

*memaksa suami membuat perkara yang di luar kemampuan suami.... MENGGUNAKAN ILMU HITAM AGAR SUAMI PATUH DAN IKUT SEGALA KEMAHUAN ISTERI... "Itulah engkau, kalau dari dahulu, kau dengar cakap aku, beri suami kau makan NASI KANGKANG, sudah tentu sekarang ni kau tidak dimadukan.. ".... “Suami aku, aku dah ‘ikat’ awal2 lagi...Dia tak boleh nak buat apa2 dahhh!!”... Memaksa suami untuk membeli sesuatu di luar kemampuannya, atau suami minta tangguhkan dulu sebab ada perkara lain yang lebih perlu... "ABANG, SAYA TAK TAHU, RAYA NANTI SAYA NAK LANGSIR BARU, KARPET BARU, PETI AIS BARU... ".... "Langsir dan karpet ni kan baru ganti jerr... Abang mana mampu, Yang... Yang tahukan, banyak benda nak kena bayar niii... "... "ITU SAYA TAK TAHU.. Yang saya tahu, saya nak langsir baru, dan karpet baru...!!" ..... ”Tak per lahh..abang berhutanglahh..”..... Suami tunduk mengalah....
3] PEREMPUAN YANG TIDAK MAHU MENUTUP AURAT...

*Yang memakai perhiasan untuk tujuan bermegah-megah... "Amboi, cantiknya isteri abang... Bila bergaya nak keluar rumah, mengalahkan artis..."... “Mestilah, bila orang tanya, isteri siapa yang cantik, bergaya, rambut ikal mayang tu.. haaaa.. abang juga yang akan dapat nama, kan?... "... "Iya tak ya juga... Bangga abang ada isteri cantik macam kamu ni." .............
4] PEREMPUAN YANG TIADA CITA-CITA MELAKUKAN AMAL IBADAH, atau MENAMBAH amal ibadah...

*melainkan makan, minum, MENONTON tv, berhias diri, tidur.... Hujung minggu, pergi ke kelas senam-robik.... Disuruh solat, tidak mahu... Disuruh berpuasa, tidak mahu.... Disuruh belajar membaca Quran tidak mahu.... Disuruh hadir kuliah agama di mesjid, tidak mahu.... Disuruh membaca buku2 agama, tidak mahu... Hidupnya hanya untuk bergembira dan berseronok... Hari-harinya di habiskan untuk tujuan itu sahaja..... Tiada kebaikan agama apa pun pada perempuan seperti ini ...

Thank You! Datang Lagi :)

Boleh saya berzina ??


 
 
Cerita ni credit to --  
Hikmah Jupri (*klik) ^^ 
saya suggest semua yg singgah sini utk baca. 
sekejap je ok ! 
coz cerita ni memang luar biasa ^_^
 
Alkisah..

Dalam satu kawasan perumahan di pinggir bandar.., ada satu pasangan kekasih ni nak keluar. Setibanya si pakwe di hadapan rumah makwenya, maka berlakulah dialog berikut.. --

Gadis : Masuklah dulu, jumpa dengan ayah saya.
Teruna : Boleh ke?
Gadis : Masuk je lah, saya nak bersiap.

Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengalukan-alukan kedatangan si Teruna.

Teruna : Assalamualaikum.
Bapa Gadis : Waalaikumusalam.

Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.

Gadis : Mari, duduk kat kerusi

Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.

Bapa Gadis : Nak jalan kemana hari ni?
Teruna : Bandar je pak cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak taulah saya
Bapa Gadis : Oh..
Teruna : ?? 

Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan
ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.


Ibu Gadis : Minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?
Teruna : Ehh. Sudah cik. Terima kasih.
Ibu Gadis : Kamu ni malu-malu pula dengan kami.
Teruna : Segan cik. Hehe
Bapa Gadis : Bila kamu nak hantar rombongan?
Ibu Gadis : Eh. Apa ayahnya ni?
Teruna : Ehh. Duit takde lagi. Hehe
Bapa Gadis : Kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti?
Teruna : (Eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit
Bapa Gadis : Boleh takde masalah
Teruna : Pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?
Bapa Gadis : Kalau boleh 20 ribu
Ibu Gadis : Ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh makcik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni
Teruna : Berapa tu mak cik?
Ibu Gadis : Dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 ke atas pihak lelaki
Teruna : (Amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat? Aduh..) Tingginya mak cik, tak boleh rendah lagi ke?
Bapa Gadis : Itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.

Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.

Teruna : Erm.. Kenapa anak pak cik tak pakai tudung?
Bapa Gadis : Itu kenalah tanya maknya
Teruna : (Ehh. Boleh pas-pas pulak dah)
Ibu Gadis : Ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak
Bapa Gadis : Saya kan kerja. Mana ada masa
Teruna : (Pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak tanya lagi, anak pak cik pandai masak tak?
Bapa Gadis : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.
Ibu Gadis : Apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.
Bapa Gadis : Maknya pun sama suka bangun lambat juga.
Ibu Gadis : Abahnya!
Teruna : (kah kah kah..bengong. Camtu pun nak cerita) Hehe.. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?
Ibu Gadis : Boleh sikit-sikit kot
Teruna : Kali terakhir bila?
Ibu Gadis : Err. Darjah 1 agaknya.
Teruna : hmm..
Ibu Gadis : Kenapa?
Teruna : Takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?
Bapa Gadis : Apa motif kamu tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.
Teruna : Kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?

Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah- merahan menahan amarah.

Teruna : Boleh saya sambung lagi..? Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lainlah dia ni ‘hafizah’, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar.

Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis. Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah- megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami. Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri.
Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.

Bapa Gadis : Tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.
Teruna : Pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?
Ibu Gadis : Tentulah kami berdua pun turut gembira.
Teruna : Ye ke? Pakcik, makcik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. Esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. Pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat.

Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.

Bapa Gadis : Kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.
Teruna : Ehh. Maaflah pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.
Bapa Gadis : Camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!
Teruna : Lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?
Bapa Gadis : Hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.
Teruna : Dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda ni lah pakcik. Selalunya ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampaikan pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin. Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.
Bapa Gadis : Apa kaitan kamunak berzina pula
Teruna : Ye lah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu.. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan dah berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.
Bapa Gadis : Hmm.. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan
Teruna : Hehe.. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau?
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (an Nur 32).
Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan.
Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan.

Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.


Bapa Gadis : Kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau
orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.
Teruna : Bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia takde hudud, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.
Bapa Gadis : Serius lah sikit.
Teruna : Betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak- anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu hahh. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. InsyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik. Maaflah kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang dengan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je.

Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas si teruna memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi. 

Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat. Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.

Ibu Gadis : Apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.
Bapa Gadis : Hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.
Gadis : Takde mood nak pegi la ayah. Ntah.. Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej. 
Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis..
“Andai Allah telah memilih dirimu untukku, aku redha dan akan terus bersama mu, aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.” “ : )” “Petang ni takde mood nak keluar, sorry. Dan minggu depan ayah suruh hantar rombongan.”
*Did you get it? best kan.. ^^ Alhamdulillah.
 
 

Thank You! Datang Lagi :)