SALAM MAULIDUR RASUL


 
 
~ آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ وَ عَلۓِ آلِ سَيّدنَآ مُحَمَّدٍ,
 
 
 
Sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1434 Hijrah atau tahun 2013 Masihi yang jatuh pada 12 Rabiulawal 1434 bersamaan 24 Januari 2013 (hari Khamis) ialah seperti berikut:

WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH
(Tema peringkat kebangsaan)
sumber: http://www.islam.gov.my/ (Jakim)
Asal usul sambutan Maulidur Rasul - sumber klik di sini
Maulidur Rasul tidak pernah disambut oleh Rasulullah SAW walaupun sekali. Begitu juga para sahabat, tidak pernah menyambut hari kelahiran Rasulullah sewaktu hayat Baginda.

Malah sahabat-sahabat sendiri pada zaman itu tidak pernah menyambut hari kelahiran mereka. Hal ini kerana sambutan itu belum menjadi budaya mereka pada waktu itu.

Pada zaman awal Islam belum ada keperluan untuk mereka menyambut hari kelahiran kerana mereka tidak mahu memikirkan usia mereka. Mereka juga tiada keperluan untuk menyambut hari kelahiran Rasulullah kerana setiap hari mereka boleh bertemu Rasulullah terutama apabila berasa rindu. Mereka ini meskipun tiada berkesempatan untuk bertemu Rasulullah, sekurang-kurangnya selawat akan meniti pada bibir mereka.

Tetapi pada zaman tabi’in, umat Islam sudah berselerakan ke seluruh dunia dan dalam keadaan itu mereka semakin jauh dengan Makkah dan Madinah. Tidak dinafikan, sebahagian mereka lupa untuk mengamalkan Islam lantaran semakin jauh daripada roh ajaran dan perjuangan Rasulullah. Mujurlah ulama masih ada lalu mengambil inisiatif untuk membimbing orang ramai ke jalan benar.

Di celah-celah itu lahirlah sebuah karya yang diberi nama al-Barzanji nukilan Syeikh Jaafar al-Barzanji. Di dalamnya mengandungi kisah Rasulullah SAW semasa kelahiran sehingga wafatnya.

Kemudian kisah itu dibacakan kepada orang ramai yang dipersembahkan dengan cara yang menarik bagi membangkitkan rasa kecintaan kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya.

Namun untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dalam jumlah yang lebih ramai maka diadakan majlis itu pada hari kelahiran Rasulullah SAW. Di sinilah bermulanya sambutan Maulidur Rasul dalam sejarah Islam.

Hari itu dipilih bukan semata-mata untuk sambutan hari lahir tetapi satu taktik untuk mengumpul orang bagi memperdengarkan kisah Rasulullah SAW yang semakin dilupakan. Semoga umat boleh kembali kepada ajaran Rasulullah seperti zaman sahabat dahulu.

Berdasarkan sejarah itu, maka sambutan Maulidur Rasul yang dilaksanakan pada hari ini seharusnya bukan semata-mata untuk meraikan hari kelahiran Rasul. Itu bukanlah matlamat asal sambutan tetapi lebih kepada usaha mengingatkan kembali umat Islam kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya.

Oleh sebab itu, acara yang boleh dihidangkan pada hari itu boleh dipelbagaikan asalkan menjurus kea rah menyedarkan umat Islam kea rah mengingati Rasulullah dan perjuangannya. Kalau dahulunya dibacakan barzanji tentu tidak salah pada hari ini disampaikan ceramah di samping pembacaan sejarah Rasulullah, bernazam, bernasyid, membaca al-Quran dan banyak lagi.

Yang penting semua itu boleh menyedarkan umat Islam kepada mengingati perjuangan Rasulullah. Dengan acara tersebut tidak timbul isu bidaah seperti yang selalu kita dengar dakwaannya pada hari ini kerana semua aktiviti itu pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW dan baginda tidak pula melarangnya.

Pada hari ini kita tambahkan lagi aktiviti dengan perarakan sepanduk sambil berselawat dan niatnya juga untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW. Amalan berarak ini pernah dilakukan para sahabat ketika menyambut ketibaan Rasulullah SAW di Madinah dari Makkah. Ternyata perbuatan sahabat itu tidak dilarang oleh Baginda.

Sempena sambutan itu juga, ditambahkan acara memberi anugerah dan penghargaan kepada orang tertentu. Amalan ini juga dilihat baik dan boleh membawa kepada rasa minat seseorang untuk mencontohi Rasulullah.

Sambutan ini perlu dibezakan dengan sambutan Barat terhadap sambutan hari lahir diri sendiri, sambutan acara potong kek, menyanyi dan menari dan sebagainya dan juga tidak sama dengan sambutan hari lahir bagi orang yang hidup dengan mati.

Sambutan hari lahir orang yang masih hidup sepatutnya untuk mahabbah diri, amalan yang telah dilakukan dan menginsafi diri beberapa hari lagi yang berbaki untuk hidup.

Manakala sambutan hari kelahiran untuk orang yang sudah meninggal dunia adalah untuk mengambil iktibar dan teladan yang baik sebagai motivasi hidup.

Jadi, amalan kita pada hari ini menyambut Maulidur Rasul diharap diterima oleh Allah SWT sebagai ibadah. InsyaAllah. - Ustaz Hj Ahmad Baei Jaafar.
#Tema Sambutan Maulidur Rasul 1434 / 2013, Tema Maulidur Rasul 1434 / 2013
 

Thank You! Datang Lagi :)

4 JENIS PEREMPUAN YANG JADI PENGHUNI NERAKA


 
 
pagi nie nyna nak share dengan korang
 
seperti tajuk post :)
1] PEREMPUAN YANG JAHAT MULUT dan KELAKUAN, TERHADAP suaminya...

*Banyak komplen... Ada sahaja yang tidak kena.... " ABANG NI PUN SATU, BELI IKAN KECIL-KECIL SANGAT... Belilah yang besar sikit... Susah nak siang... " ... Esoknya.. " ABANG NI, BELI IKAN BESAR SANGAT, gelilah nak makan.." Komplen lagi... Ada sahaja yang tidak kena pada suami.... Suka MEMBURUK2AN SUAMI dibelakang suami samada kepada ibu bapa, saudara mara atau kawan2.... CURANG pada suami.... Si isteri membuat perkara haram atau BERGAYUT ATAU BERCHATTING dengan lelaki lain.... Menyakitkan hati suami dengan mengungkit segala kekurangan suami setiap hari. " SEDARLAH DIRI AWAK TU, kos perkahwinan pun saya yang keluarkan... Nak harapkan awak dan keluarga awak, tak merasalah hidup senang seperti sekarang ni..." sehingga suaminya tidak terkata apa-apa....
2] PEREMPUAN YANG MEMPERBODOHKAN SUAMI,

*memaksa suami membuat perkara yang di luar kemampuan suami.... MENGGUNAKAN ILMU HITAM AGAR SUAMI PATUH DAN IKUT SEGALA KEMAHUAN ISTERI... "Itulah engkau, kalau dari dahulu, kau dengar cakap aku, beri suami kau makan NASI KANGKANG, sudah tentu sekarang ni kau tidak dimadukan.. ".... “Suami aku, aku dah ‘ikat’ awal2 lagi...Dia tak boleh nak buat apa2 dahhh!!”... Memaksa suami untuk membeli sesuatu di luar kemampuannya, atau suami minta tangguhkan dulu sebab ada perkara lain yang lebih perlu... "ABANG, SAYA TAK TAHU, RAYA NANTI SAYA NAK LANGSIR BARU, KARPET BARU, PETI AIS BARU... ".... "Langsir dan karpet ni kan baru ganti jerr... Abang mana mampu, Yang... Yang tahukan, banyak benda nak kena bayar niii... "... "ITU SAYA TAK TAHU.. Yang saya tahu, saya nak langsir baru, dan karpet baru...!!" ..... ”Tak per lahh..abang berhutanglahh..”..... Suami tunduk mengalah....
3] PEREMPUAN YANG TIDAK MAHU MENUTUP AURAT...

*Yang memakai perhiasan untuk tujuan bermegah-megah... "Amboi, cantiknya isteri abang... Bila bergaya nak keluar rumah, mengalahkan artis..."... “Mestilah, bila orang tanya, isteri siapa yang cantik, bergaya, rambut ikal mayang tu.. haaaa.. abang juga yang akan dapat nama, kan?... "... "Iya tak ya juga... Bangga abang ada isteri cantik macam kamu ni." .............
4] PEREMPUAN YANG TIADA CITA-CITA MELAKUKAN AMAL IBADAH, atau MENAMBAH amal ibadah...

*melainkan makan, minum, MENONTON tv, berhias diri, tidur.... Hujung minggu, pergi ke kelas senam-robik.... Disuruh solat, tidak mahu... Disuruh berpuasa, tidak mahu.... Disuruh belajar membaca Quran tidak mahu.... Disuruh hadir kuliah agama di mesjid, tidak mahu.... Disuruh membaca buku2 agama, tidak mahu... Hidupnya hanya untuk bergembira dan berseronok... Hari-harinya di habiskan untuk tujuan itu sahaja..... Tiada kebaikan agama apa pun pada perempuan seperti ini ...

Thank You! Datang Lagi :)

Boleh saya berzina ??


 
 
Cerita ni credit to --  
Hikmah Jupri (*klik) ^^ 
saya suggest semua yg singgah sini utk baca. 
sekejap je ok ! 
coz cerita ni memang luar biasa ^_^
 
Alkisah..

Dalam satu kawasan perumahan di pinggir bandar.., ada satu pasangan kekasih ni nak keluar. Setibanya si pakwe di hadapan rumah makwenya, maka berlakulah dialog berikut.. --

Gadis : Masuklah dulu, jumpa dengan ayah saya.
Teruna : Boleh ke?
Gadis : Masuk je lah, saya nak bersiap.

Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengalukan-alukan kedatangan si Teruna.

Teruna : Assalamualaikum.
Bapa Gadis : Waalaikumusalam.

Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.

Gadis : Mari, duduk kat kerusi

Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.

Bapa Gadis : Nak jalan kemana hari ni?
Teruna : Bandar je pak cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak taulah saya
Bapa Gadis : Oh..
Teruna : ?? 

Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan
ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.


Ibu Gadis : Minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?
Teruna : Ehh. Sudah cik. Terima kasih.
Ibu Gadis : Kamu ni malu-malu pula dengan kami.
Teruna : Segan cik. Hehe
Bapa Gadis : Bila kamu nak hantar rombongan?
Ibu Gadis : Eh. Apa ayahnya ni?
Teruna : Ehh. Duit takde lagi. Hehe
Bapa Gadis : Kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti?
Teruna : (Eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit
Bapa Gadis : Boleh takde masalah
Teruna : Pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?
Bapa Gadis : Kalau boleh 20 ribu
Ibu Gadis : Ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh makcik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni
Teruna : Berapa tu mak cik?
Ibu Gadis : Dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 ke atas pihak lelaki
Teruna : (Amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat? Aduh..) Tingginya mak cik, tak boleh rendah lagi ke?
Bapa Gadis : Itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.

Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.

Teruna : Erm.. Kenapa anak pak cik tak pakai tudung?
Bapa Gadis : Itu kenalah tanya maknya
Teruna : (Ehh. Boleh pas-pas pulak dah)
Ibu Gadis : Ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak
Bapa Gadis : Saya kan kerja. Mana ada masa
Teruna : (Pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak tanya lagi, anak pak cik pandai masak tak?
Bapa Gadis : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.
Ibu Gadis : Apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.
Bapa Gadis : Maknya pun sama suka bangun lambat juga.
Ibu Gadis : Abahnya!
Teruna : (kah kah kah..bengong. Camtu pun nak cerita) Hehe.. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?
Ibu Gadis : Boleh sikit-sikit kot
Teruna : Kali terakhir bila?
Ibu Gadis : Err. Darjah 1 agaknya.
Teruna : hmm..
Ibu Gadis : Kenapa?
Teruna : Takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?
Bapa Gadis : Apa motif kamu tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.
Teruna : Kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?

Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah- merahan menahan amarah.

Teruna : Boleh saya sambung lagi..? Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lainlah dia ni ‘hafizah’, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar.

Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis. Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah- megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami. Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri.
Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.

Bapa Gadis : Tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.
Teruna : Pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?
Ibu Gadis : Tentulah kami berdua pun turut gembira.
Teruna : Ye ke? Pakcik, makcik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. Esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. Pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat.

Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.

Bapa Gadis : Kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.
Teruna : Ehh. Maaflah pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.
Bapa Gadis : Camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!
Teruna : Lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?
Bapa Gadis : Hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.
Teruna : Dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda ni lah pakcik. Selalunya ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampaikan pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin. Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.
Bapa Gadis : Apa kaitan kamunak berzina pula
Teruna : Ye lah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu.. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan dah berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.
Bapa Gadis : Hmm.. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan
Teruna : Hehe.. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau?
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (an Nur 32).
Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan.
Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan.

Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.


Bapa Gadis : Kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau
orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.
Teruna : Bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia takde hudud, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.
Bapa Gadis : Serius lah sikit.
Teruna : Betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak- anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu hahh. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. InsyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik. Maaflah kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang dengan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je.

Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas si teruna memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi. 

Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat. Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.

Ibu Gadis : Apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.
Bapa Gadis : Hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.
Gadis : Takde mood nak pegi la ayah. Ntah.. Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej. 
Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis..
“Andai Allah telah memilih dirimu untukku, aku redha dan akan terus bersama mu, aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.” “ : )” “Petang ni takde mood nak keluar, sorry. Dan minggu depan ayah suruh hantar rombongan.”
*Did you get it? best kan.. ^^ Alhamdulillah.
 
 

Thank You! Datang Lagi :)

Selamat Hari Lahir Umi :)


 
 

Sempena menyambut hari lahir umi nyna, ayah bawa kami sekeluarga makan DOMINOS PIZZA kat Seberang Jaya. Nyna pujuk ayah untuk cuba makan pizza tu  sebab lain dari yang lain rasanya lau nak dibandingkan dengan Pizza Hut.. harganya pun memang berpatutan. 
Jadi ayah termakan pujuk rayu nyna dan malam tadi
<baru je balik nie :: koi 12 a.m>
kami melantak la pizza tu.. 
 









Sebernarnya telah lama nyna plan nak makan pizza tu dengan kawan2 tapi lapaq punya pasai kami terpaksa la makan nasi.
Akhirnya tertunai juga hasrat nak makan DOMINOS PIZZA sebab "mengidam" lama dah :P 
 hehehe..

Yumyumyumyumyum...
Sedap tak terkata la kan..

ouuhh ya...
terlupa,,
MAAF :)

:::: khas buat umi ::::
                    
ALLAH SELAMATKAN KAMU...
ALLAH SELAMATKAN KAMU...
ALLAH SELAMATKAN NORIANI...
ALLAH SELAMATKAN KAMU...

Syukur alhamdulillah kupanjatkan doa buat-Mu Illahi kerana telah memanjangkan umur umiku sehingga hari ini. Moga kekal sihat dan bahagia di samping keluarga tercinta.

Selamat menyambut hari lahir yang ke-43 :)

KAKLONG SAYANG UMI SANGAT2 :D
MUUUUUUUUAAAAAAAAHHHHH !!

                                                          Daripada anakmu:
                                                           ~Nurizzati Amanina~

Thank You! Datang Lagi :)

Produk kecantikan muka


 
 
Assalamualaikum :)
ngeekkk !!
tak tahu la nak update apa.. 
camni la kalau dah boring =''=
asyik mengadap muka buku dan blogwalking jew keja.
 
Sekarang nyna update la apa yang nyna suka.
Korang suka, korang baca..
Tak suka tinggal jejak jew lah...
 
Dalam post ni..
 nyna nak share jew produk pencuci muka yang nyna pakai sekarang. Kat atas  tu la produk nyna selalu guna  :)
GARNIER .

Nyna selalu pakai yang ni sebab pertama kali cuba memang akan kulit mengelupas sebab produk tu buang kulit muka yang mati. Lebih kurang 3 minggu juga nyna guna dan alhamdulillah sekarang kulit muka nyna bersih dan berseri2 :P
 
Ni la produk yang nyna ceritadan guna sekarang :)
Harap korang suma tahu dan kenal tentang produk ni.
 
 
 

   

dan yang terbaru tentang produk ni adalah keluaran yang ini 

 

Tapi, awas!!
produk yang kita guna sekarang pastikan sesuai dengan kulit korang :)
takut nanti lain pulak yang jadinye..
 
KONGSILAH CERITA KORANG UNTUK PENGETAHUAN BERSAMA

 

Thank You! Datang Lagi :)

Tentang Cinta =)


 
 
Selamat malam semua :)
hari ni nyna nak kongsi fakta sikit. 
harap semua baca dan faham yer.
 

    •  Lelaki tertarik pada wanita bukan daripada rupa paras, tetapi daripada segi penampilan dan kematangannya.    
     
    •  Bila lelaki cakap "saya tak faham lah dengan awak ni " maksudnya dia tidak memahami sikap anda bukan diri wanita sendiri. Cara wanita berfikir tak sama ok seperti lelaki.
     
    • Korang ingat yer.. lelaki ni boleh angau dengan senyuman wanita =)
     
    •  Perkara sensitif bagi lelaki adalah bila teman wanitanya selalu menceritakan tentang bekas kekasihnya.
     
    • Jangan mencabar lelaki dengan mengapi-apikan sesuuatu , mesti dia mahu buktikan juga. Jadi jangan sesekali mencabar untuk benda2 yang mendatangkan manfaat kepada anda.
     
    • Bila lelaki berkata "tinggalkan saya seorang diri" itu bermaksud "saya harap awak boleh ada disisi dan menenangkan saya".
     
    • Lelaki tidak akan memilih wanita "gedik" sebagai isteri kerana mereka tetap mengutamakan wanita yang bersopaan-santun.
     
    • Bagi lelaki, sayang itu tidak diluahkan dengan kata2 tetapi lebih kepada memberi perhatian dan ambil berat terhadap wanita itu.
     
    • Kadang2 lelaki tiada keputusan yang muktamad.
     
    • Lelaki suka wanita yang pandai memasak dan buat kek.
     
    • Jangan prejudis terhadap lelaki berkenaan cinta. Bila dia tahu wanita percaya dia, lelaki akan menjadi begitu serius dalam perhubungan.
     
    • Lelaki pun boleh menangis bila ada sesuatu yang menyentuh hatinya.
     
    • Bila lelaki menelefon wanita, soalan pertama yang akan ditanya"tengah buat pa? sibuk??"
     
    • Sebelum mempercayai seseorang lelaki, ujilah dia dulu. Tetapi jangan berpanjangan bimbang dia bosan dan anggap wanita tidak percayakan dia.
     
    • Lelaki benci kekotoran di bajunya walaupun kotoran tersebut kecil sahaja. Namun tidak semua lelaki begitu :P  maaf yer :)
     
    • Lelaki akan cuba membelikan barang yang selalunya wanita suka walaupun kadang2 tersalah beli.
     
    • Bila lelaki katakan "awak nampak cantik"  bermaksud dia suka wanita itu.
     
    • Bila lelaki meminta peluang kedua untuk betulkan kesilapan, berilah dia ruang. Tetapi pastikan dia tidak mengulanginya.
     
    • Lelaki punya banyak masalah tersimpan yang tidak terlihat daripada pandangan mata kasar.
     
    • Dalam perbualan jika lelaki terdiam, wanita perlu katakan sesuatu.
     
    • Lelaki suka wanita yang penyayang.
     
    • Bila betul2 serius dalam perhubungan, seseorang lelaki akan menyayangi wanita lebih daripada apa yang anda jangkakan. Dan juga lebih daripada cara nda menyayangi lelaki tersebut. 


    Thank You! Datang Lagi :)

    pelembut baju @ softlan


     
     
    Malam nie nyna nak tnya la korang suma.. jawab jujur tau..
     
    korang suka tak pakai softlan selepas cuci baju ? 
    jenama apa yer korang pakai ?
    botol kecil atau besar ?
    berapa lama boleh tahan bau wangi ?
    mahal tak ???
     
    Pada nynalah kan zaman moden nie pelbagai produk dan jenama yang dikeluarkan.. contohnya downy dan comfort ultra. Kedua2 jenama nie menawarkan pelbagai bentuk, saiz botol yang dikeluarkan.. dan yang paling memikat hati ketika produk2 ini menyediakan pelbagai jenis bau-bauan seperti  passion, attaractive dan sebagainya..   tidak terkecuali apabila ada produk yang juga mencampurkan antara pencuci dan softlan :)
     tetapi ingat !! 
    ada yang halal dan haram pemakaiannya.  
     
    Bagi sesetengah pengguna, penggunaan softlan amat membantu untuk pakaian mereka berbau lebih wangi , terutamanya amat disenangi bagi golongan wanita kerana memberi kelembutan pada tangan ketika menggunakannya, mudah untuk digosok dan baunya tahan lama. :D
     
    Itu terjadi sendiri pada diri nyna kerana maklumlah perempuan kan.. 
    hehehe:P
    nie salah satu produk yang nyna selalu guna
     
     
     sebab tahan lama jugak bau dya walaupun terkena asap api.. hanya...
     gosok ! gosok ! gosok !



    Thank You! Datang Lagi :)