Cara Menjaga Martabat Pakwe




apa yg makcik2 tu borak eyh ??

ok
 berdasarkan ap yg nyna nmpak n servey la arn ..
Kalau dah sayang, buruk baik pakwe kita arn,, we all mesti nak pertahankan.
Even though hati korang berbulu je ngan kerenah dia,
Perasaan korang berkecai dengan perangai dia,
Tapi dah sayang punya pasal, martabat diorang tetap korang jaga.
Kalau pakwe U all diaibkan, bukan saje dia, malah korang sekali dapat tempias nya.. 
betul tak?? I guess yes. Huhuhuhu ^_^

Di sini saya ingin mensajikan beberapa tips

i
i
i
v
v
 Kalau pakwe U all kata diorang takder duit nak bayar masa makan, jadi U all la kena bayarkan tapi duit tu U all bagi la kat pakwe korang. Biar diorang bayar. Nampak cam pakwe U all ni berduit orangnye..

 Kalau U all satu opis ngan pakwe U all dan tengok dia dah berminggu-minggu pakai pakaian yang sama je, U all belikan la sepasang pakaian baru untuk dia tapi cakap je la sebagai hadiah untuknye.

 Kalau pakwe U all bawak moto kapcai and U all plak bawak keta masa keluar dating, U all bagi la pakwe U all yang drive and kalau orang tanya pun U all cakap je tu kereta pakwe U all.

 Kalau pakwe U all keluar ngan pompuan lain tanpa bagitau U all and terkantoi plak depan member-member U all, U all bagitau je yang pompuan tu kazen pakwe U all. Simpan marah U all dulu. Bila jumpe baru U all bagi penampar sebijik kat muka pakwe U all. <gedebishhhh!!!>

 Kalau U all dok tengah HOT sangat ngan pakwe U all, jangan la mengatal plak nak kuar bercintan-cintun ngan jantan lain. Kalau ade jantan ajak U all keluar berjimba, U all kawal sikit hormon curang U all tu. Duduk rumah diam-diam. Yang tengan jangan keruhkan. 

 Kalau pakwe U all orangnye sederhana and U all pulak jenis yang high standard and family U all pulak tetapkan hantaran tinggi untuk majlis kawen korang, sama-samalah kumpul duit. Then bila da cukup, jangan pulak mulut U all pergi celupar bagitau family korang. 

 Kalau pakwe U all pergi main futsal ke, Keluar ngan kawan-kawan dia ke, U all tak usah la asyik nak call memanjang tanya dia ke mana, dengan siapa, pukul berapa balik atau apa-apa soklan remeh. Percaya and yakin je kat pakwe U all tu. Ade jodoh tak ke mana. heeeee ~ ~

bagi nyna..
ada setence ja yang bleyh pakai.. lau U all  nyna tak tau plak 
so,
Hargai orang yang menghargai and one day U all akan rasa dihargai ^_^
Bubye  

Thank You! Datang Lagi :)

Kesilapan Yang Biasa Dilakukan Dalam Bulan Ramadhan


ahlan wasahlan wamarhabanbikum ila my blog :)
tuudiiaa.. apa maksud dya tu ??
carik la sendiwi yer.. lama tak berbahasa arab nie.. wndu a plak :(
huhu

ok
seperti tajuk atas nie.. nyna harap bloggies termasuk nyna tidak melakukannya.  setiap manusia tak pernah lekang dripada membuat dosa kan? so bila dah baca nie, hope sesangat muhasabah diri dan jgn lupa trasnformasikan diri anda di bulan yang mulia ini :)
jom membaca dan selamat beramal :D

i
i
i
i
v

Antara objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan’ ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah S.W.T 


Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antaranya ialah seperti..

1) Makan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).
- Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkanpuasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : “sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu” (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.
- Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. “Sahur” itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma’bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. 
- Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : ” dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar” (Az-Zariyyat : 18)


Ertinya : “Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :” Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu” ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. 
- Ia adalah satu kesilapan yang besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sahpuasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng’ solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasaseseorang itu menjadi ‘kurus kering’ pastinya.

5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. 
- Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

6) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. 
- Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, “Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat”. (Riwayat al-Bukhari)

7) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. 
- Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami’ as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

9) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah’ bagi sahur hingga tidak puasa.
- Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren’ yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Atau jangan sesekali masih makan melepasi waktu imsak lalau mengganggap puasanya sudah terbatal. Waktu yang disepakati ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)

10) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. 
- Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

11) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. 
- Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan ‘tanpa Syaitan’ ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

Nabi Muhammad menceritakan :-


Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku…wahai Tuhanku… sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. 
- Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-


Ertinya : “Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi” ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.


Ertinya : “Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak” ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)…


Thank You! Datang Lagi :)

dugaan


&
salam ramadhan semua :)
cmna nan puasa korang ?? ok o tak ??  
allaaahh..nyna pasti semuanya mesti ok kn?? korang bkn tak penah puasa.. toi tak ? melainkan korang monteng.. jeng3 :P  dah berapa ari eyk ?? ingat tak ??
nyna alhamdullilah setakat nie :)  ingat2.. hihihi

ari nie tak pegi sekolah :( bkn sbb posa tak pergi nah.. tak.. tak.. tak.. 
nyna tak brapa sihat kebelakangan nie :(  sejak kemarin balik ja sekolah kepala teros meragam.  saket sangat2 macam ada ketul batu yg besar dok atas kepala. <jgn pk bkn2 k.. takot >
tak dapalah kot.. mybe nyna stress ja.. maklumlah stpm candidate. pressure mesti mau ada. umi nyna suruh rest, so rest jala semalaman..  pagi tadi patotnya dah boleh pegi skolah tp kepala nie asa berat lagi.. ayah tengok n tanya nyna sama ada ok o tak .. jawabnya tak la.. terus2 ayah tak bagi p. yela.. pegi nek moto.. lau jadi ap2 at jalan raya sapa nak tanggung ?? nyna jugak.. ayah bleyh la antar tp bila di sekolah ?? boleh bagi tumpuan ke ?? no3.. absolutely not.
ok.. petang td ayah bawa pegi klinik. doktor tu cakap benda yang sama. stress.. dya ada bg nasihat tentang nak tangani stress tu. senang ja.. dya hanya suruh istighfar banyak2. b4 that dya swoh nyna cerita at dya masalah nyna at sekolah, so cerita jala. dya ckp stdnt2 stpm memang kena struggle tp kesihatan kena jaga n lau boleh jaga pemakanan. ok yg tu memang kena ikut. doktor bagi la ubat :(
<oh god !! dislike it soo much !!>

 
lepas amik ubat tu, adik nyna nak kfc plak.. ayah un lajak a pegi s.jaya belikan kfc tu. tapi untung la ugak sbb guna baucer. bkn kfc yg biasa tp yg latest punya kfc. yg bnyak crunch tu. bagi family nyna yg tu yg terbaru sbb lama dah tak makan. tp nyna len sbb nyna p makan dulu nan kawan2.. hehe :P  
 time dalam kereta adik nyna....  adoyaiii... :'(  sabor jala.. huhu..  tak pala paham.. ok, yg kelakarnya sampai tertido dya dgn ayam2 tu sbb nantok sesangat la , besalah arn dalam aircond sapa boleh tahan ? nyna un tak tahan.. mai nantok tido ja jawabnya. 



     
ohohoho...
tu la yg kata dugaan di bulan puasa :)
saket + lapar = tak tahan
selamat  menjalani ibadah puasa :)


Thank You! Datang Lagi :)

bertemu kembali Ramadhan



sekali lagi berjumpa kita dalam entry ni.
niat yang sebenarnya nak menyusun sepuluh jari kepada semua pembaca blog terutama yang terjah blog nyna nie :)  klu ada silap dan salah pernah nyna buat nyna mohon maaf k. tak kira yang kenai nyna atau tak.. 
 nyna mohon maaf sekali lagi :D
harapan nyna menjelang ramadhan kali nie:
 hope korang posa penuh.. jgn monteng but special kes for ladies.. buat amal ibadah dgn ikhlas dan hindari perkara2 yg melalaikan.
dengan lafaz bismillahirrohmanirrahim.....
nyna mengucapkan kepada korang

(⁀‵⁀) ✫ ✫ ✫.
`⋎´✫¸.•°*”˜˜”*°•✫
..✫¸.•°*”˜˜”*°•.✫
☻/ღ˚ •。* ˚ ˚✰˚ ˛★* 。 ღ˛° 。* °♥ ˚ • ★ *˚ .ღ 。
/▌*˛˚ღ •˚ SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK ˚ ✰* ★
/ \ ˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ.


Thank You! Datang Lagi :)

room story


hehehe
ada ja masa tangan nie mesti gatai nak posting2.
malam hari ka siang hari ka sama saja lol :P

ptg tadi alek ja skolah terus alek umah. slalu singgah kedai. tp ada prob ckit lari umah dulu la. ok.. sampai ja dpn pagar, tuuu diiiaaa!!!  sampah penuh!  bukan sampah ap.. dedaun punyala bnyk. maklumlah pagi td smpy ptg ujan ja.. kejap lebat kejap tak. huhu.. tak palah kuasa tuhan.. nak masuk bulan posa nie.. ada hikmah la tu. :)   
<terpaksa> ptg trus sapu la.. malu jiran dok ngintai2.. tambah2 lau yg boy2 :P segan koot.. t depa kata pa lak.. nseb depa p keja so dan la nak sapu. dh siap pa suma masuk umah pandang ja kanan nahai.. :(  baju plak dah.. takpa2.. umi ada t alek kdg2 dya lipat kdg2 tak :P  naseb la.. bukan mls nah... :D bnyk g keja nyna kena wat. bab2 baju too sat ja cuma nak kena amik masa.

strting mlm lak :'(
sedih betul tngok keadaan bilik. bilik sendiri lak tu.. dah mcm sarang tikus lau tngok. 
ish3.... terok2 
ok. lpas mghrib teros punggah suma barang2 dalam almari mcm nie ha..






ya Allah
bnyk betolkan koleksi buku ??
hmm
ntah mana yg nak buang un tak tau sbb syg.semuanya elok lagi tapi nak wat cmna padat sngt bilik nyna nie ha.. bukan dok soqg. sok adek2 alek dr asrama lagi jemm la jwb nya.
time ngah2 kemas tu ada la terjumpa surat2 yg berkurun lama :) bukan surat ja.. kad2 time raya dulu2 un ada lagi.. terpaksala buang.. huhu.. yg syoknya bila baca alek surat2 tu nak trgelak lak sbb muda-mudi punya story. hehe.. time too jgak terjumpa enset2 lama yg knai un ada yg tak knai un ada. mai mana un tak tau la.


bukan yg tu ja. kebetulan brp bulan yg lepas nyna ada g UIA . singgah la at satu kedai nie.. bnyk kot brooch yg mak cik tu jual. leyh wat koleksi n pakai time raya nih.. haha
nyna nie gyla brooch tp tngok juga la brooch yg mcm mna lak. lau bsr sngt o kecik sangat mang tak beli jwb nya.
cue tngok nie. bnyk lg,, dan klick yg nie ja :)
:
:
:


koleksi jam un ada. yg silver tu ayah bagi hadiah besday nyna :D
yg dua lagi tu my love yg bagi :)
comelkan??


sudah terang lagi bersuluh :)
ladies klu tak da bnda2 nie mang tak sah! memang sangat2..
hehehe
yg ladies nie terlebih ckit :P 



minyak wangi un ada ugak.
layan ja :) 
yg mana nak habes kena refill alek. sng cita beli yg baru.


ntah mcm mna tetiba trjumpa pix zaman dlu plak :)
pix ap eyk ??
jeng3..
:
:
:
:
:


pix yg memang kontra dgn diri nyna skunk nie..
 yg dlunya agak chubby. 
now ntah la. ada ugak la kot.
<ngaku nie ngaku :)>
gambar sebelah tu gmbar atok n nenek kedua2 belah pernts nyna :)
yg belah ayh atok dh tak da :'( tinggal nenek ja..
yg belah umi, alhamdulillah still sihat 




pix nie nyna paling sayang :D
yela pix parents. 
korang un mesti sayang pix parents korang kn ??
sayangilah, hargailah dan hormatilah selagi mereka masih ada



dah tamat.
fuuuhh!! penat kot..
ok la.. ada masa kita jumpa lagi di lain lembaran.
insyaallah esok :)
Wassalam. 

Thank You! Datang Lagi :)

kaho na pyar hai



tepat koi 10 td.
my love antar mcj. tros bkak nih... hehe..
 time too myb dea tgh keja.. umm .. tak palah.. send swoh bkak tv2. ok mang absolutely my favour story nan my love :)  teringat my love time tngok cita too :(  
< miss u a >

Thank You! Datang Lagi :)

hadiah lagi :)



entry sbenarmya nak post lma dah cuma saja amik time ckit.
iyela.. 
ada hari baik ada hari buruk.
ok.. nyna taknak lalut.
thx untuk dea sebab sudi bagi hadiah. hadiah tu asanya mahal tapi mayb dea beli at tempat murah harganya kurang la ckit. tak minta pun semua nie. dah bgi amik jala tapi seyes mang dah lama nanak hadiah nie. cuma tak ckup bajet ja lagi. dah dibeli oleh dea kira ok a.

mlas na edit boh p la senget2 un. asal tau bnda too ap ckup :)
nie la dya...
taaaraaaa !!!
:
:
:





awak thx sudi bg hadiah nie. saya tak minta tapi awak belikan sbb awak tau saya suka "dya" :)

Thank You! Datang Lagi :)

bengkel lagi



ouh ya... terlupa lak..
ok minggu nie terpaksa bkak telinga sbb nak dgr ceramah suma subjek stpm nie..
ari nie selesai satu subjek yang actually nyna mang tak minat.
subjek pengajian perniagaan.
tapi banyak2 nyna tak suka pon, alhamdulillah la tadi ckg ada bagi modul n at c2 nyna dah bleyh decide nak pilih soalan mana time nak jawab exam t.
berdebar dah nie :(
lps raya dh trial. ntah bila nak membaca un tak tau. hope sempat la..
amin :)

Thank You! Datang Lagi :)

sekadar renungan :d


 saja tak tau nak update apa.
cukup untuk muhasabah diri malam nie :)



Thank You! Datang Lagi :)

khas buat awak :)




awak lau baca post nie saya nak awak tau yang saya sentiasa rindukan awak.. saya sentiasa sayangkan awak.. awak saya dah baca post awak tu n saya titiskan air mata bila saya baca sambil layan alunan lagu tu.. awak thx semalam sbb kuar dgn saya. saya sbnrnya nak ajak awak p kenduri tu sekali.. tapi saya rasa mcm asing sngt bila nak ajak awak.. saya tak tau napa.. myb saya tak bleyh nak tatap wajah awak.. saya harap sangat masa tu saya tak pergi dgn awak tapi last2 kita pergi sekali lps awak send mcj yang awak tak da kawan nak join.. time tu saya kesian sangat kat awak n pada masa tu juga sya ingat bila saya keluar mana2 saya tak pernah tinggai awak.. saya akan ajak awak join dgn saya sekali. sedih awak bila teringat semua tu sbb kondisi kita skunk nie :(  thx juga sbb semalam awak kol saya.. dgq ja suara awak air mata saya mengalir sbb saya rindukan awak.. tapi saya tak boleyh nak ucap :(  sampai kedit awak hbes n awak send mcj swoh saya kol alek  sbb awak rindukan saya .. bila baca mcj tu saya sedih awak :(  saya mang nak kol awak tapi saya tak nak  ckp dengan awak sbb time tu saya nanges.. t awak pk bukan2 :'( 
 awak saya mnx maaf lau awak betul2 terasa nan saya selama kita kenai. peluang untuk awak sentiasa ada.. asala awak tau saya selalu doakan awak supaya awak bleyh teroskan idop awak dengan bahagia sbb saya tak nak awak tertekan dengan kondisi kita nie. 

awak lagu nie saya hadiahkan untuk awak
** off music box **


Ketika waktu mendatangkan cinta Aku putuskan memilih dirimu Setitik rasa itu menetes Dan semakin parah * Bisa ku rasa getar jantungmu Mencintaiku apa lagi aku Jadikanlah diriku Pilihan terakhir hatimu Reff:  Butterfly terbanglah tinggi Setinggi anganku untuk meraihmu Memeluk batinmu yang sempat kacau Karna merindu Butterfly fly away so high As high as hopes I pray To come and reach for you Rescuing your soul That previous messed up false me and you Jalan ini jauh Namun kita tempuh Bagai bumi ini Hanya milik berdua Biar ku berlebihan Mendekatimu Namun ku tunggu Repeat reff

Thank You! Datang Lagi :)

1 minggu lagi :D



yea4!!
tinggai g seminggu ja nak posa nie :)
alhamdulillah.. 
thx to ALLAH sebab masih lagi bagi peluang untuk nyna hidop di muka bumi ini. walaupun bermacam2 dugaan yang dihadapi di atas muka bumi nie.. tapi bersabar itu separuh daripada iman
itulah prinsip @ pegangan yang nyna pegang dalam hidop nyna.

teringat pulak at kata2 ayah nyna tadi time dya bawak kereta :)
" nanti bila time posa, jgn dibeli makanan drpd orang fasik. orang fasik yg dimksudkan ialah orng yang menjual pada bulan Ramdhan yang ternyata apabila tiba waktu berbuka, dia tidak solat maghrib apabila tiba waktunya.. ialahkan...... khusyuk berniaga.. kalut duk kira duit jala.. n lagi satu jgn beli mknn apabila penjualnya tidak menutup aurat. pakai tudung tapi tudungnya?? singkat.. berlengan pendek.. manakala kainnya?? maksud kain at cinie apabila panas waktu berniaga dia lipat kainnya sehingga nampak auratnya iaitu pada kakinya.. 
apabila makan pulak.. pastikan mknn kamu tu halal iaitu suci drpda najis.. contohnya telur masin. sebelum dicampurkan dengan ap nama ntah yang kaler itam tu (mafflah x tau nak say nama dya) pastikan dibersihkan dulu telur itu. sbb nanti kalu tak bersih drpd najisnya, najis tu akan meresap bersama ke dalam telur apabila proses pemerapan telur tu dilakukan.. so, makesure tanya pembekal tu samada telur tu dicuci atau tak sbb nak elak dripada mak mknn yg tidak suci."

ok..
yang nie plak kelebihan puasa di BULAN RAMADHAN 

Firman Allah ( Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185 )
"Wahai orang-orang beriman!! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa".


Bagi orang-orang Islam yang beriman, bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan ketibaannya oleh setiap ummat Islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberi begitu banyak manfaat dan keistimewaan, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang tahu dan menghayatinya.


KEUTAMAAN RAMADHAN
Terdapat puluhan hadis Rasulullah saw yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan pusa di bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manfaat ummat Islam di akhirat kelak, malah ianya memberi faedah yang besar untuk kesihatan tubuh badan manusia di dunia ini.


ANTARA FADHILAT DAN KELEBIHAN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN.
1. Pintu langit dibuka
2. Pintu-pintu syurga di buka


FADHILAT YANG LAIN
1. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga
2. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT
3. Orang yang berpuasa mendapat 2 kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak
4. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt
5. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga
6. Setiap kali sujud orang yang berpuasa, dikurniakan 1700 kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan 70,000 malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.

AMAL IBADAH DI BULAN RAMADHAN
Dalam khutbah terakhir bulan Sya'ban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah saw telah memberi nasihat kepada ummat Islam supaya menyempurnakan amal ibadah sepanjang bulan ramadhan, antaranya ialah:
  • Solat sunat Tarawih
  • Solat-solat sunat yang lain
  • Bantu membantu sesama umat islam seperti bersedekah dan seumpamanya
  • Memberikan hidangan berbuka puasa
  • Banyakkan membaca tahlil
  • Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah swt
  • Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka
  • Banyakkan bersabar, kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
  • Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita.
Oleh itu marilah sama-sama kita berpuasa dengan seikhlas-ikhlasnya. Jangan kita hanya berpuasa, kerana ikut orang lain berpuasa atau kerana bapa kita puasa, maka kita juga kena puasa. Hayatilah kelebihan-kelebihan berpuasa, agar kita sempurna di dunia dan di akhirat.




Thank You! Datang Lagi :)

Bertuah....


untunglah dea :)
even dah tak da pa2 tapi dea still bleyh usha g dlm laman sesawang.
nyna dah tak bleyh :(
sama da muka atau khabar berita sal 'dea' un nyna tak tau 
hmm
tak palah.. tak kisah
soe..
 malas nak angkat fon lau kol.. mcj tu un insyaALLAH.

Thank You! Datang Lagi :)

Beringat - ingat :D


 Tadi sempat nyna blogwalking kejap :)
btw thx untuk blog nie
:
CIK BURUNG KUNING

 ****************************************************************************
mcm nie ka lelaki ??

PAKWE : I love U sayang. I takkan tinggalkan U. I promise that.


MAKWE : I love  U too. Thanks. (mata dah bergenang sebab tacing kambing)


PAKWE : Hurm.. Kalau betul U sayangkan I, can U do something for me?


MAKWE : ape dia? anything for U!


PAKWE : (YES, MATI LA KAU) Can I kiss U?


MAKWE : (BUAT MALU2 TAIK KERA)

ok.. memang tak sanggup nak tambah ayat2 atas nie.. semacam toi..
tapi lau nak wat maksiat ugak... pikir2 ayat2 di bawah nie :)



@1 Kalau nak bermaksiat kepada Allah, jangan makan rezeki Allah (semua atas dunia ni rezeki Allah)
@2 Kalau nak bermaksiat kepada Allah,jangan tinggal di bumiNYA( kau pergi terbang planet lain)
@3 Kalau nak bermaksiat kepada Allah, cari tempat tersembunyi yang tak dapat dilihatNYA (Allah maha MELIHAT)
@4 Ketika malaikat maut datang untuk mencabut nyawa, minta kepadanya supaya tangguhkan kematian untuk bertaubat (kalau kau rasa boleh la kan)
@5 Kalau malaikat Zabaniyah datang untuk mengiringimu ke api neraka di akhirat nanti, janganlah ikut bersamanya (boleh ke agak2 kau buat macam tu)

 jadi... sedar2lah k.
including me :)


Thank You! Datang Lagi :)

tamat (n_-)



ouh ya.. 
lama tak usha blog nie.. 
eleeeehhh ...
bawu brapa ari ja un :P
 huhu

ok..
 ari nie tamat segalanya :)  tamat ap eyk ??
tamat posa ganti lol :P
hehehe
berjaya juga akhirnya.. dok nmpk mcm tak dan tapi alhamdulillah :D
posa2 nie mcm2 dugaan. pg tadi at skolah, lepas hbes wktu rehat tak dan nak belajaq tetiba pengawas pustaka pnggil p libry sbb ada pameran. nyna & kwn2 un pegi la.. masuk ja ,,,,,
WOW!
ada mcm2 buku yg dipamer & bleyh beli lak tu. yg terujanya time usha buku masakan :D
<posa2 un dok kempunan.. terliur.. sllrrpphh  :P>
almaklumlah.. posa dah nak dekat. dan or tak nak wat kuih raya un nyna tak tau la sbb nak kena fokus TRIAL nie. hope sangat sempat :)  
 nyna nie pantang nmpak bku masakan, so terpksalah beli ugak beli buku biskut2 raya nie. pelbagaila lau tngok dalam tu.. kebetulan lak nyna nie antoo kuih raya.. asal nmpk yg bercorak & enak rasanya , mulalh nak cuit2 makcik2 sbb nak2 resepi kuih tu :P  
gedikkan ?? 
errggh!  
nyna punya pasai la :)


Thank You! Datang Lagi :)

rindu ,, terasa


sumpah ckp ak rndu dea :(


awak.. saya mnx maaf lau awk tersa dengan post saya.. sya dh ilang sabar lyn kerenah awak.. asal awak tau saya puasa time 2.. awak dh mnguji saya.. awak tau saya naek turun tangga sbb awak.. saya letih.. awak plak tarek2 muka.. awak uji saya.. saya dh brulang kali gtau saya puasa saya tak bleyh nak marah2.. tapi awak still tak paham saya time tu.. soe to awak lau terasa nan saya.. btw saya app dengan  hadiah yang awak bg pada saya.. jam dan bnda yang saya paling suka  angrybird .. tapi nak wat cmna awak dah buang.. lau tak buang un awak dah bagi at owng len.. tak palah.. saya tak kisah sbb saya dh tngok hadiah tu dan saya dah peluk sepenuh hati saya waktu awak tunjuk at saya.. :) syesly cakap saya rindu bear tu :( tapi malang.. 
to awak lau baca post nie.. saya harap sangat awak lakukan yang terbaek untuk exam esok k.. saya alwas support n kamu tetap dalam doa saya.. even hati saya terluka.. asal awak tau saya nages depan awak.. saya still sayangkan awak.. hmm.. good luck to awak untuk esok.. pesanan saya jgn lupa berdoa n baca surah yassin utuk terangkan hati dan minda awak supaya awak bleyh jawab esok.
sekian dari saya untuk awak :)

wassalam.

Thank You! Datang Lagi :)

selesai 1 paper :D



 1st sekali nak minta maaf lau ada silap dan salah :)
now buang segala duka - duka yang lalu..
ari nie kita start dengan hidup yang baru..
 < new lifestyle / attitude >

pagi tadi dea tpone nyna.. mnx maaf n wish nyna good luck.. ok fine.. nyna appriciate n thx to dea.. dea kol sbb dea tau nyna amik exam ari nie.. 
 alhamdulillah pagi tadi koi 12 tgh hari selesai sudah exam besar dalam idop nyna :)  tapi belom habes lagi la coz ada lagi 3 paper yang belum selesai.. even mata bengkak < nanges semalaman > n sora serak2 basah < tanda mao demam :( >  akhirnya berjaya juga nyna tempuh exam nie.. sebelum 2... tau ka exam ap yang nyna amik ari nie ??

9/7/2012 merupakan tarikh keramat nyna amik exam speaking yang a.k.a MUET SPEAKING TEST :)  yang nie baru 1 paper.. ada g yang belum duduk n perjuangan belum tamat lagi di sini ..  yala arn .. selagi mana tak duduk amik exam sebenar a.k.a STPM selagi itulah belum selesai perjuangan nie.. yang nie adalah pesanan ckg2 at skolah nyna supaya jgn berada di zon selesa :) thx teacher.. love u soo much :D

elok2 selesai ja group nyna di session ke-2 tp 1st group.. tetiba terdengar tapak kaki.. bawu turun tangga ja.. pusing2 at selekoh at kantin tu.. Ya Allah.. pelawat kawasan bawu datang.. tarek nafas lega la jawab dea sbb lau examiners bagi markah 20 tp dia bagi markah 18, examiners terpaksa akur nan keputusan dia.. cian at kawan bek nyna sbb dea kna time plwat tu datang.

so doa2kanlah nyna untuk berjaya mendapat band 3 dlm MUET nie sbb nk repeat alek kena bayar Rm100.. pokai2.. tapi tak pa.. usaha tangga kejayaan. Korang suma jgn lupa doakan kejayaan nyna, kwn2 nyna pada 29/7 nie sbb nak hbeskan lagi 3 paper n untuk teruskan perjuangan nie bersama2.

Sekian.



Thank You! Datang Lagi :)

Teknik Menghadapi Peperiksaan


ok..
ari nie ada nk kongsi tips skit..
baca yea :)

Menjadi tanggungjawab setiap pelajar untuk belajar sepanjang masa, sekiranya ingin mendapatkan kejayaan. Kebolehan sepanjang persekolahan diuji di dalam peperiksaan. Oleh itu, hadapilah peperiksaan dengan persediaan yang rapi supaya kejayaan yang diraih dapat mengukur usaha anda selama ini.

JENIS-JENIS PERSEDIAAN
1. Persediaan Akademik
2. Persediaan Mental
3. Memulakan Peperiksaan
4. Menjawab Soalan

PERSEDIAAN AKADEMIK
Persediaan Akademik terbahagi kepada 3 peringkat yang penting iaitu :

Persediaan Peringkat Awal
Iaitut persediaan disepanjang waktu persekolahan. Ini termasuklah tumpuan semasa di dalam kelas, melengkapkan nota-nota, membaca semua mata pelajaran dan membuat nota. Fahamkan apa yang dipelajari dan rujuk kepada guru jika ada masalah.


Persediaan Peringkat Pertengahan
Iaitu kira-kira 2 bulan sebelum peperiksaan. Elok sekiranya pelajar membaca balik semua nota ringkas dan cuba ringkaskan nota kepada fakta-fakta yang penting sahaja. Buatlah kata-kata kunci untuk setiap nota. Untuk memastikan pelajar mengingati apa yang telah dipelajari, tuliskan kembali apa yang diingati. Pastikan pelajar faham setiap mata pelajaran. Untuk menguatkan ingatan, cuba berbincang dengan kawan-kawan. Buat latihan untuk soalan-soalan lepas bagi membiasakan diri dengan format soalan peperiksaan.


Persediaan Akhir
Iaitu seminggu sebelum peperiksaan. Baca kembali semua nota ringkas. Pastikan anda mengingati semua mata pelajaran peperiksaan. Nota ringkas seharusnya mengandungi kata-kata kunci sahaja. Semak nota sekerap yang boleh sehingga anada dapat menulis kembali isi sesuatu mata pelajaran dengan lengkap.


PERSEDIAAN MENTAL
Malam Peperiksaan
  • Pastikan anda tidur secukupnya untuk memberi kesegaran pada esoknya.
  • Kumpulkan keperluan teknikal untuk peperiksaan seperti pen, pensel, pemadam, pembaris, kad pengenalan dan lain-lain. Letakkan ditempat yang senang diambil dan mudah diingati.
  • Kuatkan azam dan tekad untuk BERJAYA.
Pagi Sebelum Peperiksaan
  • Jangan lupa ambil sarapan pagi
  • Datang awal ke tempat peperiksaan iaitu sekurang-kurangnya 15 minit sebelum peperiksaan. Ini bertujuan memberi ketenangan kepada anda.
  • Sebaik-baiknya jangan berbincang lagi tentang pelajaran dengan rakan-rakan sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Perbincangan seperti ini boleh merungsingkan fikiran anda.
  • Berdoalah agar anda tenang menghadapi peperiksaan dan mendapat kejayaan yang cemerlang.
  • Masuklah ke dewan peperiksaan dengan disiplin dan keyakinan.
  • Pastikan tempat duduk anda selesa. Duduk dan tenangkan fikiran anda.
MEMULAKAN PEPERIKSAAN
  • Dengar arahan pengawas peperiksaan.
  • Pastikan kertas soalan anda itu lengkap.
  • Lihat semua soalan.
  • Tandakan semua soalan yang hendak dijawab (untuk soalan esei).
  • Tuliskan isi-isi soalan yang hendak dijawab supaya tidak lupa.
  • Mulakan soalan esei dengan membuat rangka kasar terlebih dahulu.
MENJAWAB SOALAN
  • Bahagikan masa untuk setiap soalan. Contohnya Pengajian Perniagaan Kerta 1 (bilangan soalan yang perlu dijawab ialah 4, masa diperuntukkan 3 jam). Oleh itu masa menjawab 1 soalan ialah 45 minit.
  • Baca soalan dengan teliti. Kesankan perkataan kata tugas dan kata kunci dalam soalan
  • Lihat semua pilihan jawapan. Tandakan untuk soalan pilihan anda.
  • Pastikan jawapan mematuhi kehendak soalan.
  • Jawab soalan yang mudah dahulu. Tandakan soalan yang belum dijawab. Setelah siap, kembali semula kepada soalan susah yang ditinggalkan.
  • Jika ingin mengubah jawapan, potong dan tulis kembali jawapan yang tepat
    • Mulai menjawab dengan tenang
    • Jawab semua soalan yang ditetapkan.
    • Panjang jawapan adalah berdasarkan isi dan masa yang ditetapkan. Jawapan tidak dinilaikan berdasarkan panjang atau pendek esei tersebut tetapi isi dan hujah yang bernas.
    • Jawab soalan mengikut masa yang ditetapkan. Setiap soalan mestilah seimbang.
    • Selalu merujuk kepada soalan ketika menjawab supaya jawapan anda tidak menyimpang dari tajuk.
    • Setelah selesai menjawab, luangkan sedikit masa untuk menyemak. Pastikan nombor soalan yang ditulis adalah betul. Semak ejaan, ayat dan maklumat lain yang tidak jelas.
    • Tulisan mestilah jelas, kemas dan mudah dibaca.
    • Tulisan yang jelas membantu menaikkan 'impression' markah.
    Persediaan yang rapi serta ketenangan fikiran amat penting di dalam menghadapi peperiksaan. Jadikanlah peperiksaan sebagai kayu ukur di atas persediaan yang anda buat selama ini dan bukanlah sesuatu yang menyiksa dan membebankan. Bertawakkalah kepada Allah, InsyaAllah anda pasti berjaya.


Thank You! Datang Lagi :)